KOTA MALANG | PARIS VAN EST JAVA
KOTA MALANG I PARIS VAN EST JAVA
Banyak yang mengatakan Malang sebagai Paris van East Java kerana alam semualajadinya yang indah. Disamping itu, iklim Malang yang sejuk dan bandarnya yang bersih membuat Malang nampak bagaikan kota “Paris”-nya Jawa Timur.
Kota Malang adalah sebuah kota yang terletak di Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini terletak 90 km sebelah selatan Surabaya dan merupakan kota terbesar ke kedua di Jawa Timur setelah Surabaya, serta merupakan salah satu kota terbesar di Indonesia menurut jumlah penduduk. Selain itu, Malang juga merupakan kota terbesar kedua di wilayah Pulau Jawa bahagian selatan setelah Bandung. Paling menarik untuk bercuti kerana di sini ada 7 Taman tema sesuai dikatakan Malang sebagai Kota Pendidikan.
The Bagong Adventure Muzium Tubuh Manusia
Muzium Tubuh Bagong Adventure merupakan destinasi pembelajaran baru yang bertempat di Jatim Park Kota Wisata Batu. Muzium yang baru dibuka pada 20 Disember 2014 ini merupakan muzium tubuh manusia pertama di Indonesia dan terbesar di kawasan Asia. Muzium Tubuh Bagong Malang yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan multimedia pembelajaran anatomi tubuh manusia. Muzium Tubuh Bagong Batu sendiri memiliki binaan dengan karakter tubuh manusia terdiri dari 6 tingkat di dalam banggunannya.
Terdapat 13 zon di setiap tingkat,seperti Otak, Gigi, Mata, Telinga, Mulut, Hidung, Tulang, Jantung, Hati, Paru-paru, Usus besar, Usus , Pembuluh Darah, dan beberapa zon-zon bahagian tubuh lain. Pengunjung juga dapat periksa kesihatan secara percuma seperti periksaan gula dalam darah, kadar kolesterol, urat, kadar tekanan darah, berat badan ideal, tinggi badan ideal, osteoporosis dan periksaan kesihatan mata.
MUZIUM ANGKUT
Jika dari jauh anda sudah terlihat akan kapal terbang besar di atas sebuah bangunan, maka itu pasti adalah Muzium Angkut yang juga merupakan muzium pengangkutan pertama dan terbesar di Asia. Pelbagai jenis koleksi pengangkutanada disini dari pelbagai negara dan masa. Pameran dilengkapi lampu yang menarik hingga menampakan kesan yang menarik. Kalau sudah datang jauh-jauh, tidak sah kalau tidak bergambar bersama kenderaan-kenderaan yang dipamerkan. Pelbagai jenama kenderaan yang ada
termasuk kereta kuda dan Ferrari. Anda pasti teruja melihatnya! Muzium Angkut menyediakan movie star studio untuk pengunjung bergambar di lokasi-lokasi seperti di dalam filem. Antaranya Broadway street dan Gangster town. Terdapat pelbagai kenderaan di pelbagai destinasi seperti Eropah , istana Buckingham, LasVegas dan juga Hollywood. Anda juga berpeluang memandu simulator kapal terbang dan melihat kapal terbang secara dekat.Pengunjung dapatkan potongan harga tiket masuk hingga 20% dengan boarding pass
dari Garuda Indonesia dan Air Asia
Pasar Apung
Pasar Apung Nusantara berada di kawasan Museum Angkut yang terletak di Kota Batu, Malang, Jawa Timur. Dinamakan Pasar Apung Nusantara karena pasar ini berada di atas sungai buatan dengan menjual pelbagai makanan dan cenderamata. Pengunjung boleh mencuba menaiki sampan di sekeliling sungai ini.
Cuba kira sendiri berapa harga baju ini sehelai.
Tidak jauh dari sini terdapat kedai makanan dan cenderamata hiasan boleh di bawa ole-ole pulang untuk rakan-rakan dan keluarga.
More info di sini
Bagi yang belum merasai "WonderfulIndonesia " silalah memilih Malang sebagai destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan taman-taman tema dan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga.