Namuang Safari Park Koh Samui
Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Antara destinasi yang sering dilawati adalah phuket, Bangkok dan Hatyai. Namun, tahukah anda selain daripada tempat tersebut, Thailand juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai. Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti.Keindahan pulau serta pantainya sangat cantik.
@amazingthailand @bangkokairways @santaitravel
Syarikat penerbangan Bangkok Airways dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand telah membawa kami ke Koh Samui untuk melihat dan merasai sendiri yang sebenarnya Koh Samui juga mesra muslim dan mudah mendapat makanan halal di sana.
Namuang Safari Park
------------------------------------
Cara paling mudah kesini adalah mengikuti perjalanan pacuan empat roda 4x4 terus ke Namuang Safari. Di sini kita berpeluang menunggang gajah yang menjadi daya tarikan taman ini. Gajah memainkan peranan utama dalam budaya Thai dan Samui menawarkan pengalaman hebat menunggang gajah ke dalam hutan. Gajah-gajah yang jinak ini mudah didekati dan pelbagai gelagat dapat dilihat apabila kita menghulurkan pisang terutama sekali yang masih kecil. Mini zoo di sini jugak banyak haiwan yang ada tapi yang paling di tunggu adalah mandi bersama gajah dan menonton aksi gajah bersama penjaganya.
kami juga sempat bergambar bersama harimau dan melihat aksi penjaga binatang bersama buaya. Aksi memasukkan tangan dan kepala amat menakutkan
cuma mereka yang berpengalam sahaja boleh melakukan. Perjalanan bersama pacuan empat roda 4x4 menaiki bukit untuk melihat keindahan dari atas bukit
memang sangat cantik dan mempesonakan melihat keseluruah Koh Samu dari pandangan atas.