PADANG | BUKITTINGGI
Indonesia sememangnya kaya dengan
pelbagai tarikan menarik dan boleh
dikatakan, saban tahun bilangan
penduduk Malaysia yang melancong ke
negara jiran ini semakin bertambah. Kali
ini team Santai Travel ingin menonjol
keunikan pelancongan di Padang dan
Bukit Tinggi, Indonesia. Tourism
Indonesia berkerjasama dengan MATTA
(Malaysia Association of Tour and Travel
Agents) untuk menjayakan rombongan ini
Sebenarnya, Padang mempunyai
hubungan silam dengan Tanah
Melayu sejak dahulukala lagi. Sebenarnya, Padang mempunyai
hubungan silam dengan Tanah
Melayu sejak dahulukala lagi. Suku Minangkabau asalnya dikatakan berasal
dari Pulau Sumatera dan kini menjadi
suku bangsa utama di Negeri Sembilan
terutama di beberapa kawasan seperti
Jempol, Rembau, Kuala Pilah, Bahau
dan banyak lagi. Tidak hairanlah kalau
anda melihat Rumah Minangkabau
banyak terdapat di Negeri Sembilan.
RUMAH GADANG MINANGKABAU
Dari jauh sudah kelihatan Rumah Gadang Minangkabau sangat besar dan cantik. Kini Rumah Gadang Minangkabau dijadikan muzium sejarah dan kebudayaan Minangkabau. Muzium ini memberi peluang kepada mereka yang mempelajari sejarah untuk mendapatkan data-data sejarah dan kebudayaan Minangkabau. Pelbagai barangan dan gambar-gambar lama di pamerkan disini. Anda juga boleh mempelajari cara hidup dulu dan sekarang sejarah Minangkabau. Pada masa dahulu Rumah Gadang mempunyai jumlah bilik bergantung kepada jumlah wanita yang tinggal di dalamnya. Setiap wanita dalam kaum tersebut yang telah bersuami akan mendapat sebuah bilik. Sementara wanita berumur dan anak-anak mendapat bilik dekat dengan dapur. Gadis remaja akan mendapat bilik yang paling hujung sekali. Hiasan ukiran pada Rumah Gadang sangat cantik dan di ukir dengan teliti. Ketahanan Rumah Gadang di katakan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi. Pengunjung dapat mendengar sejarah Minangkabau kerana setiap penerangan ada di sini. Sesiapa pun boleh mencuba memakai baju tradisi Minangkabau.
Perjalanan di teruskan ke Bukit Tinggi tapi sambil tu ambil masa sedikit untuk shopping bagi wanita yang sememang sukar di bendung thehehehehe
pastikan bawa sedikit duit lebihan mana tahu ada yang lebih murah pastinya dari Malaysia.