Terkini | New

PADANG , BUKITTINGGI JAM GADANG DAN PASAR ATAS

JAM GADANG DAN PASAR ATAS

Jam Gadang adalah sebuah menara jam yang berada di pusat Kota Bukit Tinggi. Menara jam kebanggaan masyarakat Bukit Tinggi ini memiliki jam dengan ukuran sangat besar dan dinamakannya Jam Gadang yang diambil dari Bahasa Minangkabau. Bahagian atas dari puncak menara jam ini telah diganti selama tiga kali. Pertama kali pada zaman pemerintahan kolonial Belanda itu sendiri, iaitu berbentuk lingkaran dengan patung ayam di atasnya, Namun saat pendudukan Jepun bentuknya diubah menjadi atap rumah tradisional Jepun. Akhir sekali bila Indonesia merdeka, puncak menara tersebut kembali diubah menjadi atap rumah Minangkabau. Buat mereka yang gemar membeli-belah, terdapat juga pasar-pasar menjual barangan cenderamata, barang elektronik dan restoran bersebelahan Jam Gadang.

Paling banyak dijual adalah keropok yang pelbagai jenis dan bentuk kerana berada di kawasan tempat tingggi udaranya sejuk dan nyaman. Harus anda ingat, jangan lupa untuk tawar menawar supaya mendapat harga terbaik ketika membeli-belah di sini.