PADANG | BUKITTINGGI
Indonesia sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Kali ini team Santai Travel ingin menonjol keunikan pelancongan di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Tourism Indonesia berkerjasama dengan MATTA (Malaysia Association of Tour and Travel Agents) untuk menjayakan rombongan ini Sebenarnya, Padang mempunyai hubungan silam dengan Tanah Melayu sejak dahulukala lagi. Sebenarnya, Padang mempunyai hubungan silam dengan Tanah Melayu sejak dahulukala lagi. Suku Minangkabau asalnya dikatakan berasal dari Pulau Sumatera dan kini menjadi suku bangsa utama di Negeri Sembilan terutama di beberapa kawasan seperti Jempol, Rembau, Kuala Pilah, Bahau dan banyak lagi. Tidak hairanlah kalau anda melihat Rumah Minangkabau banyak terdapat di Negeri Sembilan.
RUMAH GADANG MINANGKABAU
Dari jauh sudah kelihatan Rumah Gadang Minangkabau sangat besar dan cantik. Kini Rumah Gadang Minangkabau dijadikan muzium sejarah dan kebudayaan Minangkabau. Muzium ini memberi peluang kepada mereka yang mempelajari sejarah untuk mendapatkan data-data sejarah dan kebudayaan Minangkabau. Pelbagai barangan dan gambar-gambar lama di pamerkan disini. Anda juga boleh mempelajari cara hidup dulu dan sekarang sejarah Minangkabau. Pada masa dahulu Rumah Gadang mempunyai jumlah bilik bergantung kepada jumlah wanita yang tinggal di dalamnya. Setiap wanita dalam kaum tersebut yang telah bersuami akan mendapat sebuah bilik. Sementara wanita berumur dan anak-anak mendapat bilik dekat dengan dapur. Gadis remaja akan mendapat bilik yang paling hujung sekali. Hiasan ukiran pada Rumah Gadang sangat cantik dan di ukir dengan teliti. Ketahanan Rumah Gadang di katakan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi. Pengunjung dapat mendengar sejarah Minangkabau kerana setiap penerangan ada di sini. Sesiapa pun boleh mencuba memakai baju tradisi Minangkabau.
Perjalanan di teruskan ke Bukit Tinggi tapi sambil tu ambil masa sedikit untuk shopping bagi wanita yang sememang sukar di bendung thehehehehe
pastikan bawa sedikit duit lebihan mana tahu ada yang lebih murah pastinya dari Malaysia.