Terkini | New

Terbang ke Jeju terus dari KLIA2. Kini lebih mudah dengan AirAsia X. Promosi harga murah bermula dari RM199 sahaja

AirAsia X mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terbaru dan penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju dengan tambang promosi dari RM199 sehala. 





Promosi istimewa tambang termasuk semua dari RM199 bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ini akan bermula dari 10 sehingga 15 October 2017 bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018, tersedia untuk tempahan di airasia.com. 

Menurut CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, Air Asia X menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan terus ke Jeju, Korea Selatan dari Kuala Lumpur, menghubungkan pulau indah tersebut dengan Malaysia dan seluruh Asia melalui hub LCC Asia, juga memudahkan transit domestik dari Seoul dan Busan ke pulau ini. 

Pulau Jeju adalah destinasi yang amat istimewa dengan tarikan sepanjang tahun yang sesuai untuk semua jenis pelancong, sama ada pengembara solo atau kumpulan, keluarga atau berbulan madu. 

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi pengambaran drama bersiri korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah yang terletak 64 kilometer di selatan Semenanjung Korea. Ia adalah pulau percutian yang paling popular di Korea Selatan, dengan lebih daripada 70% pengunjung menjadi pelancong domestik ke Pulau yang telah dikenali sebagai "Hawaii Korea Selatan". Jeju mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung tertinggi di Korea Selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik kon batuan volkanik Seongsan Ilchulbong. Antara tarikan lain termasuk Jeju Olle Trail yang indah, air terjun Cheonjiyeon yang menakjubkan, pantai Hyeopjae dan banyak muzium bertema khas, menjadikan Pulau Jeju sebagai destinasi untuk semua peringkat umur sepanjang tahun. 

Para tetamu kini boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) AirAsia untuk perhubungan lancar ke Jeju dari bandar-bandar lain di dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan, atau menggunakan pilihan pelbagai bandar untuk meneroka Jeju bersama Busan atau Seoul sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur. 


Jadual Perjalanan Air Asia X kr Pulau Jeju, Korea Selatan bermula 12 Disember 2017
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter dan Facebook AIRASIA.

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Jeju, Korea Selatan (CJU)
No. Penerbangan
Dari
Ke
Perlepasan
Ketibaan
Jadual Penerbangan
D7 501
KUL
CJU
0530hrs
 1230hrs
Isnin, Rabu
KUL
CJU
0640hrs
1340hrs
Selasa, Sabtu
D7 502
CJU
KUL
1335hrs
1835hrs
Isnin, Rabu
CJU
KUL
1440hrs
1940hrs
Selasa, Sabtu

Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.