Terkini | New

FELCRA HOMESTAY SEBERANG PERAK

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Setelah beberapa hari kami di Ipoh Perak kami mengorak langkah menuju ke Felcra Seberang Perak pula dan kami berterima kasih kepada yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia
@Wangi World Malaysia

Kami di sambunt meriah oleh Felcra Seberang Perak dan  Homestay Felcra Bandar Baru Seberang Perak .
Kami di jamu minum petang dan di bawa melihat sekitar kawasan dan melawat gudang benih padi di sana.




Bergambar kenangan bersama pegawai Felcra Seberang Perak setelah menangkap ikan di tali air berlatar belakang sawah padi. Kami sempat melawat kilang memproses anak benih dan kawasan sekitar.











Pelbagai mesin dan jentera yang di gunakan bagi penanaman padi oleh pihak Felcra Seberang Perak. Aktiviti meracun dan membaja menggunakan helikopter kecil yang direka khas untuk meracun dan membaja sawah padi di sini.






Setelah aktiviti menangkap ikan di tali air kami seterusnya melawat ke kilang memproses padi dan anak benih padi. Perasaan kagum melihat teknologi yang digunakan dalam mengendalikan tanaman padi di felcra ini.





Ini adalah benih-benih padi yang akan di gunakan tapi hendaklah di tapis untuk di proses untuk tanaman dan di eksport ke luar negara.







sekitar 13 buah rumah yang berdaftar yang pasti pengalaman berada di sini memang terbaik!

Sebelah malam pula kami di undang makan bersama penduduk dan menikmati  jamuan BBQ buat kami.

 Sedap betul makanan-makanan yang disediakan. Kerang bakar ada, ikan keli bakar ada, ayam bakar ada, udang bakar ada, sup tulang pun ada dan banyak lagi. 

Kenyang sungguh kami malam hari itu dan rasa sekejap sangat kami di sana tapi di santun baik oleh penduduk.








Kami dihiburkan oleh anak-anak muda di sini dengan dua buah tarian. Amat kagum sekali dengan keunikan tarian melayu perak yang dipanggil Tarian Wan Lebor dan Tarian Dabus yang dipersembahkan kepada kami.

 Untuk video  ini merupakan Tarian Wan Lebor.


Credit : Zharif


Meriahkan!
Terima kasih orang kampung Felcra Changkat Lada









Kami sempat bergambar kenangan bersama penduduk kampunh dan keluarga angkat kami.


Suasana kampung yang damai dapat dirasai di awal paginya tetapi masa amat mencemburui kami untuk lebih lama di sini sebab tak puas rasanya tinggal di sini.



 Keluarga angkat kami sangat mesra dan peramah seperti tinggal bersama saudara sendiri rasanya. 

Awal Pagi keluarga angkat kami menyediakan sarapan yang sangat sedap. Mee goreng ada, roti telur ada dan yang paling penting pulut ikan pekasam pun ada sekali. Sempat juga keluarga angkat bungkuskan kami rambutan seikat dua.











Setelah menginap di homestay Felcra kampung Changkat Lada kami awal pagi terpaksa menuju ke destinasi seterusnya.

Kami di bawa ke Felcra Seberang Perak dan menuju ke perusahaan madu kelulut yang dkelolakan oleh Wadira Felcra di sebelah banggunan Felcra.

Best dapat minum madu terus dari sarang. Macam inilah caranya untuk sedut madu dari sarangnya bagi sesiapa yang belum tahu.








Setiap daripada kami berpeluang menyedut madu terus dari sarangnya. Memang lain sikit rasa madu lebah kelulut nie daripada madu lain tetapi banyak juga yang kami rasa.

 sambil tu kami sempat merasa buah-buahan di sana seperti rambutan dan nangka madu yang sedap rasanya.







 Tidak melepaskan peluang kami melawat ladang sawit kebun buah-buahan di Tanaman Felcra Seberang Perak yang luas.






Bagus juga kerajaan dan Tourism Malaysia yang mewujudkan homestay di setiap kampung-kampung. Kita dapat rasai sendiri pengalaman tinggal di sebuah kampung  dan menyaksikan aktiviti-aktiviti tradisional masyarakat.

Bagi yang berminat untuk melakukan aktiviti di sana bolehlah hubungi inap desa seberang perak .