Terkini | New

MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS!

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia

@Wangi World Malaysia

Seterusnya kami ke 

Movie Animation Park Studios. MAPS 



Perjalanan Travelogue South Perak terus menuju ke Movie Animation Park Studios ( MAPS ) . Kali kedua abam memasuki maps yang sememangnya tetap teruja dan tak sabar lagi untuk masuk ke dalam.

Kali pertama abam pergi dulu klik sini!





Untuk mereka yang berkeluarga, sangat disarankan bawak anak-anak dekat sini sebabnya banyak benda yang menarik. Abam pasti budak-budak mesti enjoy datang sini. 

Macam-macam yang ada tapi yang paling best bagi abam adalah tayangan 3D Boboboi. Best gila ! 

Setaraf dengan antarabangsa tau!! Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh

Sempat juga merasa attraction best kat sini seperti .
The Smurfs Village , BoboiBoy Hero Academy ,Hyper spin, Space X-Plorers , Stunt Legends , 
Asteriod Attack dan macam-macam lagi.














The Smurfs Theatre
Di sini anda dapat menyaksikan cerita Smurfs dan kawan-kawanya.





Space X-Plorers wajib anda cuba memang best dan menarik sambil menyaksikan view panorama di sana.



Starship Restaurant Indoor & Outdoor.
menikmati hidangan tengahari di sini yang besar dan sedap.







Memang besar tempat makan di sini macam kapal besar dan selesa bila datang ramai-ramai tambah lagi jika bawa anak-anak yang suka berlari.






setelah kita pesan makanan kita akan dapat buzzer nie jika dah siap barulah kita pergi ambil makanan yang sudah siap di masak. jadi tak payah nak beratur panjang-panjang kita boleh duduk berborak-borak sesama kawan.











lepas makan kami sambung main lagi sampai puas dan letih melayan semua karenah kawan-kawan yang penakut pun ada rupanya.



Asteroid Attack ini anda wajib cuba!
perasaan melawan graviti seperti di kapal angkasa katanya.



Ini yang paling di nantikan oleh yang datang ke maps!

 Persembahan aksi stunt bermotor!
Persembahan yang merbahaya tapi selamat ini memerlukan masa anda selama dalam 30 minit, bukan kita sahaja yang terpegun budak-budak apatah lagi,

Anda akan dapat menyaksikan aksi-aksi drift dari 5 buah kereta dan juga 4 buah motorsikal. 

Punya la ramai yang datang kali ini teruja melihat aksi stunt ini sampaikan semuanya fokus tak berborak apa pun.









Akhir sekali kami ke tayangan 4D Boboiboy yang setaraf dengan antarbangsa siap sekali dengan effect gegaran dan percikan air yang kami sangat-sangat teruja.







Jom kita pakat ramai-ramai ke sini dan menikmati segala yang di sediakan oleh Maps!

Persiaran Meru Jaya 3, Bandar Meru Raya
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-501 5666

Operating Hours : 10 AM - 6 PM 
( Dibuka setiap hari )

Harga tiket :
Malaysian
Adult (13 years old - 59 years old) : RM 144
Child (3 years old - 12 years old) : RM 114
Senior (60 years ++) : RM 114
Ticket promotion valid until 1 January 2018
RM 550 for 5 people