Terkini | New

RUMAH MAKAN SRI MUALLIM , TANJUNG MALIM, PERAK

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Setelah beberapa hari kami di Ipoh Perak kami mengorak langkah menuju ke Tanjung Malim pula dan kami berterima kasih kepada yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia
@Wangi World Malaysia


Destinasi seterusnya adalah Rumah Makan Sri Muallim yang telah dibuka 8 bulan yang lepas  di simpang empat UPSI, Tanjung Malim, Perak. Istimewanya anda dapat duduk bersila sambil makan di rumah lama tradisional yang berusia lebih 100 tahun. 

Rumah Makan Sri Muallim menyediakan makanan berkonsepkan makanan kampung tradisional. Even dekorasi dalam rumah makan ni juga berkonsep Tradisional yang dapat memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang datang.





Berkat kesungguhan, usaha bersama dan sokongan keluarga membuahkan hasil berjaya menjadikan rumah lama Banggunan Sri Perak berubah wajah menjadi Rumah Makan Sri Muallim.






 



Susunan hidangan di bahagian luar yang teratur, menarik dan pelbagai pilihan. Ruang dalam rumah tradisional sesuai kepada pengunjung yang mempunyai keluarga serta kanak-kanak.







Nasi Tampi , Asam pedas daging kambing, Gulai daging salai, Ikan keli salai, Kari kepala ikan menjadi pilihan ramai pengunjung. Setiap set disertakan sayur rebus, ulam-ulaman, sambal belacan dan tempe goreng.



 






Pelbagai kuih-muih, pencuci mulut sepertia ubi kayu rebus bersama kelapa parut dan tapai menjadi peminat pengunjung ke sini.

Minuman air tapai dan air serai yang dicipta khas bukan sahaja sedap tapi berkhasiat untuk kesihatan untuk pengunjung mencubanya.





Ruang rehat dan bersantai yang terdapat dia dalam rumah tradisional ini.






Tidak mustahil bahawa ada juga pengunjung yang ke sini dari Kuala lumpur menaiki Ets @ktmberhad ke sini semata-mata untuk menjamu selera.







Sebahagian gambar dan video dari blogger zharif dan Instagram beliau.

Bagi mereka yang rindukan suasana kampung harus kesini untuk merasai suasana kampung bersama keluarga dan kawan-kawan.

Berhampiran Upsi (hadapan Pau Yik Mun)
35909 Tanjung Malim

WAZE : Rumah Makan Sri Muallim

TEL :
012-582 8087 (En. Rizal)
011-3291 9581 (Pn. Rozana)

Dibuka setiap hari (10 AM - 5 PM)
(Akan ditutup sekiranya ada tempahan catering 1000pax keatas)

Lokasi