Terkini | New

Thai Cooking Made Easy event

Tourism Authority of Thailand dan the Royal Thai Embassy Kuala Lumpur memperkenalkan acara Thai Cooking Made Easy event bagi showcase Thai Food & Dessert mereka.





Peminat-peminat tom yam goong dan makanan thai pasti akan rugi jika tidak merasa dan belajar masakan dari chef Korn Yodsuk terkenal dengan Restaurant Erawan yang telah memenangi banyak anugerah dan tersenarai ke-2 terbaik di Malaysia oleh Miele Guide 2013. 

Amazing Thailand tidak pernah mengecewakan kita dengan makanan mereka yang sememangnya sedap dan mantap. Nanti akan saya kongsi resepi masakan yang sedap ini.

Setiap meja peserta saya rasa tak kurang hebatnya cuma berbeza dari segi pedas dan masam sahaja yang lain semua mantap dan menyelerakan.



Ucapan aluan daripada  H.E The Ambassador of Thailand to Malaysia, Mr Damrong Kraikruan dan Ahman Mad-Adam, Director, Tourism Authority of Thailand.

Untuk acara ini, Kedutaan Besar Thailand telah menjemput lebih dari 40 peserta dari Perwakilan Wisma Putra Kementerian Luar Negera dan media.




Chef Korn Yodsuk menyediakan empat menu yang patut di cuba iaitu Tom yam Goong, Gai Pad Kraprao, Keow whan gai dan Bua loy maprow.

Kata-kata dari Chef Korn "Bolehkah anda membezakan antara krim kelapa dan santan kelapa? Jika jawapannya tidak atau tidak pasti, maka anda akan mendapat jawapan yang jelas dalam sesi memasak dan anda akan mendapat untuk melihat bagaimana setiap bahan Thai yang asli disediakan dan dibuat ke dalam hidangan kami yang paling lazat. " 

Menu pertama adalah :
Tom Yum Goong (Tom yam Udang )
Resipi tom yam pedas dan masam berserta udang dari Thailand.

Bahan-bahan: 
Hidangan untuk 4 orang.
8 Ekor udang yang di bersihkan.
 kira-kira 100 gram setiap satu
 dicuci, urat udang keluarkan dan tanpa kepala.
200 g cendawan tiram ( biasanya di Thailand menggunakan cendawan jerami segar).
 3 batang serai, ditumbuk dan di hiris 2 inci .
 5-7 hiris lengkuas.
3biji bawang merah dihiris
 2-3 keping daun limau dikoyakkan.
 5-6 biji cili api dihancurkan.
1/4 jus limau 
3-4  sudu besar sos ikan.
1 sudu gula.
4 cawan air atau stock.
Daun ketumbar untuk hiasan.

Cara memasak. Masukkan stok atau air ke dalam periuk hingga mendidih. Pada api sederhana sehingga ia mendidih Tambah serai, lengkuas, bawang merah dan masak selama beberapa minit sehingga naik wangi.
 Tambah sos ikan dan gula,
kemudian tambah udang dan cendawan sehingga udang itu dimasak untuk kira-kira 80% padamkan api.
Tambah daun limau , cili dihancurkan dan tambah jus limau dan daun ketumbar.
 Hidangkan panas.













Chef Korn, profesional dari Erawan Classic Thai & Fusion akan menunjukkan dan membimbing para peserta langkah demi langkah- langkah memasak.








2. Gai Pad Kraprao (Ayam Basil Thai Pedas) 

2 cawan ayam cincang
5 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu makan akar ketumbar yang dicincang
segenggam daun selasih (basil leaves)
2-3 sudu makan minyak masak (minyak sawit lebih sesuai untuk masakan Asia)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil sos ikan atau sos soya
2 sudu makan sos tiram
1/4 cawan stok ayam atau air
1 biji cili besar- dipotong serong

Cara memasak:
Tumbuk cili, bawang putih dan akar ketumbar sampai lumat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
  Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak. Leraikan isi ayam.
  Perasakan dengan sos tiram, sos soya/ikan, gula dan stok ayam.
  Gaul lagi. Masukkan daun selasih dan cili besar, gaul lagi.
  Padamkan api. Hiaskan dengan daun selasih ketika menghidang.


















3.Kaew Whan Gai ( Kari Ayam Hijau)
kari ayam yang dibuat dengan cili hijau segar dan berperisa dengan kemangi Thai, daging ayam atau ikan. Hidangan ini  menjadi salah satu hidangan kari di Thailand.



Keow Wan Gai (Green Curry Chicken)
400g dada/peha ayam. Buang tulang dan hiris nipis
3 sudu makan pes kari hijau
1 cawan krim kelapa (santan pekat)
2 cawan santan kelapa
3 biji terung bulat (Thai eggplants)- belah empat
1/4 cawan terung belanda (Pea eggplants)
3 biji cili besar merah- potong serong
3 helai daun limau purut - buang urat tengah dan koyakkan
1/2 cawan daun selasih
3 sudu makan sos ikan
1 1/2 sudu teh gula melaka

Bahan-bahan untuk pes kari hijau:
15 biji cili padi hijau- cincang
5 biji cili besar cincang
5 biji bawang- cincang
10 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh lengkuas- cincang
1 sudu makan serai- cincang
1/2 sudu teh kulit limau purut- cincang
2 sudu teh akar ketumbar- cincang
5 biji lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh  garam
1 sudu teh belacan

*aku tumbuk dengan lesung je semua.

Cara memasak:
1. Panaskan krim kelapa dengan api sederhana sehingga terbit minyak. Kacau sampai pecah minyak .

 Kemudian masukkan pes kari hijau, masak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, balikkan sehingga masak kemudain masukkan santan. Kacau bahagian atas kuah, tambah gula melaka dan sos ikan.
3. Bila mendidih masukkan terung. Bila terung empuk masukkan daun limau purut, daun selasih dan cili merah. Padamkan api.















4.Bua Loy Maprow On (Dumpling in Coconut Milk)(Pencucui mulut ini seakan-akan Puteri Mandi)

Warna hijau
1/2 cawan tepung beras pulut
1/4 cawan air pandan (daun pandan kisar dengan air)

Warna ungu
1/2 cawan tepung beras pulut
1/4 cawan air bunga butterfly pea

Warna putih
1/2 cawan tepung beras pulut
1/4 cawan air
1 cawan krim kelapa (santan pekat)
2 cawan santan kelapa
1 cawan isi kelapa (bahagian putih yang lembut sahaja)- hiris kecil
2 sudu makan gula melaka
1/4 cawan gula
1/2 cawan garam
daun pandan

Cara memasak:
1. Campurkan tepung beras pulut dengan air berwarna sedikit demi sedikit (buat berasingan) untuk mendapatkan doh yang lembut. Gentel doh menjadi sebesar 1/2 inci - sebesar hujung jari kelingking - sehingga habis.

2. Panaskan air dengan api yang kuat. Bila mendidih masukkan bebola yang kita buat tadi. Bila bebola timbul di permukaan yang menandakan ia dah masak, pindahkannya ke dalam air sejuk, biarkan seketika. Keluarkan dan toskan airnya.

Sebelum menghidang:
Campurkan santan dengan daun pandan, gula, gula melaka dan garam. Panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan krim kelapa, kacau sebentar dan padamkan api.

Tips:
1. Sentiasa kacau santan sewaktu memasak supaya tidak berbuih.
2. Garam membuatkan sos terasa lemak, jangan berlebihan sehingga terasa masin.

Masukkan beberapa biji bebola dan isi kelapa ke dalam mangkuk hidangan, tambahkan kuah/sos tadi. Hidangkan panas.


Resepi masakan dari Rosmaria











Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program kali ini.

#Tomyam ##Tomyamgoong #MakananThailand
#exploreandexperiencethailand #tatkl #amazingThailand #amazingthailand2018 #thaicookingmadeeasy #chefkorninthehouse #dboystudio

Chef Korn Yodsuk

Chef Korn Yodsuk and Erawan are synonymous with fine Thai cuisine.
The award-winning chef has been wowing diners with his exquisite dishes since 2009, when he opened his first Thai restaurant in Malaysia.

“Fine Thai cuisine means eating well at Erawan and pleasing all the senses . It can be Royal Thai cuisine, Thai flower cuisine or contemporary Thai food,” said Korn. “We care deeply about the quality of our food, how it is presented, the spicyness and savouriness of each and every dish, how it smells, the dining atmosphere and ambience at the restaurant and so on. It is always about feeling. What is important is we serve honest food, in fact it’s the only way I know how to cook. ”

Every dish the chef creates is a masterpiece, perfected over many years in the kitchen. He wants to maintain the real taste of Thailand with ingredients sourced from Thailand whenever possible. “It’s hard to get the taste of real Thai cooking even in Thailand. We are going to bring back forgotten Thai dishes.”
Erawan is also in tune with contemporary Thai cuisine. Chef Korn’s mind is always buzzing with ideas for new dishes based on the principles of Thai cooking.

Chef Korn has never been to culinary school. He learned from his grandmother who worked in the Palace of King Rama VII, so he has a worthy reference to what Royal Thai cuisine is.

 Erawan Restaurant
Lot L1-17 & L1-18, First Floor DC Mall,
Plaza DC, Damansara City,
6, Jalan Damanlela, 50490 Kuala Lumpur.

Call: (03) 2788 4180 / (03) 2788 4181
Mobile: (012) 2788 438


Email: info@restauranterawan.com.my