Meneroka Keindahan Johor Bahru
Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore.
Seterusnya perjalanan kami menuju ke Bandar Johor Bahru juga terkenal dengan bangunan warisan sejarahnya. Peluang yang ada ini kami menjelajah dan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.
Johor Heritage Trail
Terbukti mereka masih memelihara banggunan-banggunan lama yang bersejarah, lihat sahaja gambar-gambar kami di heritage road walk ketika berada di sini. Terima kasih Tourism Johor dan Sitty Travel yang membawa kami ke lokasi ini.
Antara informasi dan mural yang anda dapat lihat di seluruh jalan dan banggunan. Bertambah cantik banggunan-banggunan lama ini bila di cat dan di baik pulih.
Setelah berjalan mata anda pasti terlihat sebuah bangunan yang mempunyai senibina bercirikan British seperti istana / kubu iaitu Bangunan Sultan Ibrahim, Ia merupakan pejabat urus setia negeri Johor. Namun kini tidak lagi kerana pejabat-pejabat urus setia negeri Johor telah berpindah ke Kota Iskandar.
Johor Heritage Trail ini anda boleh lakukan dengan berjalan kaki sahaja sambil melihat banggunan lama yang masih kukuh dan buka kepada semua pengunjung.
Walaupun pesat membangun masih ada banggunan lama di jaga serta masih kekal ke hingga hari ini. Struktur binaan lama ini harap dapat kekal dan berpanjangan. Kedai roti, kedai makan dan kek lama antara kedai yang masih kekal hingga hari ini masih beroperasi.
Sibuk berjalan di Johor Heritage Trail kami terhidu pula bau wangi roti dan terus singgah ke Salahuddin Bakery untuk menikmati roti-roti segar yang baru di masak menggunakan dapur kayu yang besar.Memang anda patut cuba jika ke sini.
Pada sebelah malam pula berkelip-kelipan lampu terang di kawasan heritage trail atau jejak warisan ini dengan pasar malam atau Bazzar Karat JB. Kami berkesempatan menaiki beca Johor Kuda Kepang menuju ke Bazzar Karat JB yang buka pada awal petang dan hingga tengah malam.
Harga untuk menaiki beca Johor Kuda Kepang seorang adalah serendah RM 15 sahaja untuk warganegara Malaysia. Manakala untuk yang bukan warganegara adalah sebanyak RM 30. Masa yang diambil untuk buat satu putaran lengkap mengelilingi bandar adalah lebih kurang 15-20 minit.
Pelbagai baranganan di jual di sekitar Bazzar Karat JB dan panjang sungguh daripada di Kuala Lumpur. Memang sesuai untuk riadah seisi keluarga dan membeli-belah.
Rvluxury Bas
Seterusnya kami sempat mencuba Rvluxury bas seperti Caravan pusing di sekitar Bandar Johor. Pelbagai kemudahan dan kelengkapan di dalamnya dan ianya boleh disewa dengan harga Rm2500 sehari.
Pelbagai kemudahan yang lengkap seperti dapur, microwave, peti ais, bilik air, set karaoke, penghawa dingin dan pelbagai lagi. RV Luxury Bus adalah perkhidmatan bas mewah bergerak pertama yang ada di Malaysia.
RV Luxury Bus ini boleh muatkan 8 orang dewasa untuk tidur dalam RV Luxury Bus. Sewaan termasuk dengan pemandu ,security minimum 3hari.
Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke website
Laman Bukit Serene
Jika ke Johor tidak lengkap jika tidak ke Laman Bukit Serene yang penuh lampu warna-warni pada waktu malam.
Laman Bukit Serene penuh dengan lampu berwarna-warni bersama icon bulan dan bintang seperti bersinar-sinar. Baru sahaja di rasmikan dan dibuka kepada orang ramai.
Jadi apa tunggu lagi jika ke Johor singgah sebentar untuk merasai pengalaman manis di sini. Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.