Terkini | New

AnCasa Residences Port Dickson, Buffet Ramadhan Masakan tradisional Negeri Sembilan dan warisan temurun.


[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.
.
Tahun 2018 ni AnCasa Residences Port Dickson membawa citarasa masakan tradisional Negeri Sembilan dan warisan temurun dalam buffet ramadhan “kampung boy”. Bulan puasa ini pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan sajian yang lazat dan masak lomak cili api

Harga Ramadan Buffet AnCasa Residences PD
Dewasa RM48
Kanak-kanak RM30
(Early bird special RM40 - hingga 13 Jun)
.



Ancasa Residences Port Dickson mempromosikan bufet Ramadhan mereka lain daripada Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang lebih kepada masakan warisan Negeri Sembilan. Mari kita lihat apa yang menarik bufet Ramadhan di Ancasa Residences Port Dickson ini.









Apa yang menarik bufet Ramadhan di sini adalah anda seperti berada di bazaar Ramadhan kerana gerai-gerai yang terdapat di sini dinamakan dengan kawasan popular yang terdapat di Negeri Sembilan. Antaranya, warong Juasseh, warong gemenceh, warong Linggi, warong Jempol dan lain -lagi.





Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik yang dialun dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional.

Anda akan di sambut dengan meriah oleh penyambut tetamu.




Memandangkan sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan- pelanggan hotel yang telah menikmati Ramadan Bufet pada tahun lepas, Ancasa Residences, Port Dickson telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung di dalam bufet.






Ramadan bagi tahun 2018 Bertemakan Kampong Boy', gabungan idea cef-cef dari AnCasa Residences, Port Dickson yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional Negeri Sembilan yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini. 




Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah Masak Lemak Cili Padi ala Ancasa dengan pilihan makanan laut dan juga sayur-sayuran, Kambing Masala. Kalau Melaka dikenali dengan menu asam pedas, Negeri Sembilan pula dikenali dengan masak lomak cili apinya.

kambing panggang yang diperap bersama rempah istimewa. 





warong yang menyediakan ikan bakar yang dibakar terus mengikut pilihan ikan yang dipilih oleh pelanggan. Memang secukup rasa sungguh bahan perap yang diletakkan di atas ikan-ikan yang dibakar tu. dan sedap semuanya.






pelbagai jenis kerabu, nasi beriani, ikan bakar, kambing panggang dan macam- macam lagi. 

Selain itu, Ancasa Residences turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih seperti apam balik, roti john, roti jala, murtabak, pisang goreng, cucur dan juga pelbagai manisan seperti ais kacang, aneka bubur serta puding yang pastinya mengubat rindu anda pada masakan bonda di kampung halaman.


















Lemang dan serunding daging.







Pelbagai Pilihan Kerabu.





Pelbagai jenis ULAM-ULAM

Ancasa Residences, Port Dickson masih lagi mengekalkan konsep gerai dan live cooking di mana 14 gerai dihias bertemakan 'Kampong Boy' dengan harapan agar pelanggan dapat merasai homely dining experience semasa berbuka puasa di sini. 

Dengan mengetengahkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda



Pelbagai jenis buah-buahan dan pemanis mulut.






















Nampak tak harga di banner tu seperti tidak masuk akal berbanding dengan menu-menu yang sedap dan lazat. Saya sarankan agar anda terus menempahnya untuk masa terdekat ini.




ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
Batu 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 03-2026 6060 

--------------------------------------------------------------

Ancasa Residences.

Bagi yang igin menginap di Ancasa Residences anda juga boleh lakukan. Boleh buat tempahan bilik ataupun Apartment yang disediakan dengan kemudahan yang disediakan di sini.

1 unit apartment (3 bedrooms) per night with breakfast
Weekdays : RM 488
Weekends : RM 668



Terdapat Empat kolam mandi di sini sambil bersantai bersama keluarga dan pantai Port Dickson yang bersebelahan sahaja dari hotel.




Ruang dapur dapat yang luas.







Ruang yang luas dapat amat sesuai kepada mereka yang membawa kanak-kanak kecil.








Terima kasih Ancasa Residences Port Dickson kerana menjemput kami untuk mencuba buffet Ramadhan di sini dan sekaligus merasai sendiri keselesaan menginap di salah sebuah apartment yang terdapat di Ancasa Residences Port Dickson.

ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
Batu 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 03-2026 6060