Terkini | New

Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang

Buffet Ramadhan 2018 di Royale Chulan Bukit Bintang.



[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan. 


Anda boleh la ke Royale Chulan Bukit Bintang dengan tema Buffet Aneka Selera. Terdapat hampir 300 jenis makanan yang akan disediakan setiap hari bermula 16 Mei - 14 Jun 2018 ( 7pm -10pm ).

Harga bagi buffet :
Dewasa : RM78.00 nett
Kanak-Kanak dan Warga Emas : RM 60.00 nett



Antara menu yang menarik di dalam Buffet Aneka Selera antaranya Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan Bubur Lambuk yang akan disediakan oleh Chef Eksekutif Royale Chulan Bukit Bintang, Raja Kamaroszaman.



















 Pelbagai jenis kuih muih melayu dan pencuci Mulut yang menambat hati pengunjung kali ini.





Untuk kemudahan tambahan, Surau akan disediakan untuk para tetamu untuk menunaikan solat

Sepanjang bulan Ramadhan juga, Royale Chulan Bukit Bintang akan menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih Rumah Anak Yatim Shifa. 

Oleh itu, tahun ini pihak hotel berharap para pelanggan akan bersama-sama membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM10.00 dan semua hasil akan dipanjangkan terus ke Rumah Anak Yatim Shifa. 

"Oleh itu, kita semua bersama-sama membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dengan menaja Kad Ketupat pada RM10.00 dan semua hasil akan diberikan kepada Rumah Anak Yatim Shifa, 

 Untuk maklumat lanjut hubungi Delia Zamir di 016- 2167480 ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG 
(dahulunya dikenali sebagai The Royale Bintang Kuala Lumpur)