Terkini | New

MENGIMBAU ‘MEMORI STUDIO JALAN AMPAS’ DI HOTEL PURI PUJANGGA SEMPENA RAMADHAN 2018

Sempena Ramadhan 2018 tidak lama lagi, Hotel Puri Pujangga ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang bakal menghiasi meja bufet dan warung-warung kecil yang memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

Melalui tema ‘MEMORI STUDIO JALAN AMPAS’, Pakej Berbuka Puasa di Hotel Puri Pujangga akan mengimbau kembali kegemilangan era perfileman melayu yang satu ketika dahulu merupakan nadi kepada industri 
filem tanah air. 





Hidangan Bufet Makan Malam sempena Ramadhan 2018 terdiri dari makanan tempatan dan antarabangsa di mana seleksi makanan pembuka selera (appertizer) terdiri daripada pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat, tauhu bakar, pelbagai jenis acar serta sudut ‘Salad Counter’ yang menghidangkan pelbagai jenis makanan khasiat yang terdiri daripada sayuran salad. 

Pada tahun ini, dapur Chef Zahir iaitu Sous Chef Hotel Puri Pujangga mengketengahkan Asam Pedas Claypot yang dihidangkan secara panas mengikut permintaan pelanggan. Di samping itu, terdapat juga makanan eksklusif hotel iaitu Kue Teow Daging, Roti Canai yang dimakan bersama Serawa Durian serta Ikan Bakar Palembang. Hidangan bufet di Begonia Coffee House menghidangkan menu yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Antara menu-menu yang dihidangkan adalah Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Arab, Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng,Udang Butter,Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Kambing Masak Briyani dan bermacam-macam lagi.






Bagi memberi lebih pilihan, beberapa jenis makanan dihidang melalui konsep gerai yang terdiri daripada gerai sup, bubur lambuk, gerai nasi briani, gerai satay, gerai ikan bakar, gerai roti dengan pilihan roti canai, murtabak, roti john, gerai pelbagai jenis makanan bergoreng seperti keropok lekor, goreng pisang, cucur bilis, gerai ais kacang. 




Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah Air Kurma, Air Bandung, Air Soya, Air Jagung, Air Tebu, Iced Lemon Tea, Nescafe Tarik & Teh Tarik. 

Turut serta adalah hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang, Ais Krim Goyang dan bermacam-macam lagi! Selain daripada itu, turut dihidangkan juadah manisan seperti buah-buahan tempatan, Kuih Bingka Ubi, Pulut Panggang, Kuih Lopes, Lepat Pisang, Sagu Gula Melaka, Kuih Koci, Apam Gula Hangus, Puteri Ayu, Kuih Lompang, Kuih Lapis, Kuih Talam Keladi, Kuih Ketayap, Agar–Agar Cendol, Agar–Agar Sirap, Cream Caramel, Strawberry Jelly, Puding Kastard, Fruit Tartlet, Tiramisu in Cup dan Bread Butter Puding.






Begonia Coffee House menawarkan Pakej Berbuka Puasa dengan harga RM70.00 nett seorang untuk dewasa dan RM35.00 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma. Baucar dijual dengan harga RM60.00 nett seorang. 

Makanan dihidangkan secara buffet mula dibuka daripada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Pakej berbuka sempena bulan Ramadhan ini akan bermula pada 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: 
Khaila Khalid Pengurus Operasi HOTEL PURI PUJANGGA UniversitiKebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 Mobile: +6017 699 2437 Faks : +603 8922 2890 

Email : khaila@puripujangga.com.my