Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya mendapat perhatian pihak korporat
JERAYAWARA PEKAN BANGSAWAN WARISAN BUDAYA MENDAPAT PERHATIAN PIHAK KORPORAT
Pat Ibrahim Project Entertainment (Pl.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara UKKN) akan membawakan festival ini jelajah pada bulan Jun 2018 dengan melibatkan lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia. @maticmy
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment dan merupakan industrial collaboratian Program yang terbesar dan julung-julung kali diadakan didalam industri seni persembahan Ini adalah untuk memperkasakan warisan tidak ketara (intangible Heritage) telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat.
Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam laksamana pada November 2017 lalu, kini Pat Ibrahim Project Entertainment (Pl.P.E) maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya! Pat Ibrahim Project Entertainment (Pl.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membawakan festival ini jelajah bermula pada bulan Jun 2018 dengan melibatkan lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bersesuaian dengan jenamaan festival ini iaitu Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya UPBWB) Mengandungi 4 komponen di dalamnya terdiri dari forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan Bangsawan. Misi Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (UPBWB) adalah untuk memelihara santun melayu, budaya dan warisan terutamanya warisan tidak ketara dalam konteks bangsawan.