Terkini | New

TOSCANA MEDI CLINIC, LIVE AESTHETIC MEDIA EVENT

LIVE AESTHETIC MEDIA EVENT 
 TOSCANA MEDI CLINIC , PUBLICA SOLARIS KL 

Menerima undangan dari Mr Marcus Osmand untuk melihat sendiri dari dekat dan secara 'live' rawatan terkini di Toscana Medi Clinic. 

Live aesthetic di lakukan oleh doktor-doktor pakar dan berpengalaman membuat rawatan muka dan badan setiap pesakit. Tujuan event ni diadakan juga adalah untuk memperlihatkan teknologi mesin terkini yang digunakan oleh Toscana Media Clinic untuk merawat-merawat pesakit. Kami sempat melihat rawatan Bye Bye Scars dan Vampire Bloody Facials.








Rawatan yang semula jadi untuk memulihkan kesakitan dan kecederaan yang dikenali sebagai Terapi Platelet Rich Plasma (PRP). Terapi PRP adalah selamat dan efektif dalam merawat pelbagai jenis kecederaan kulit, otot dan tulang. Terapi ini sesuai bagi kita yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah bebas dadah dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang lebih singkat.

Terapi PRP mnggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil dari sedikit darah kita. Platelet dalam darah kita berfungsi memebebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai 'Growth Factor'. Secara terkumpul, ia akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan dan tisu rosak. Ia meransang proses pemulihan dan kawasan yang menerima rawatan.

Rawatan ini tidak menggunakan bahan kimia untuk disuntik ke dalam badan sebaliknya menggunakan plasma yang diambil daripada badan kita sendiri. Kiranya kita gunakan darah kita sendiri dan bukannya darah orang lain. Kesan sampingan boleh dikatakan tidak wujud kerana badan kita tidak mungkin menolak plasma dari badan sendiri. Oleh itu rawatan ini diyakini selamat kerana darah yang diambil dari badan kita akan diproses untuk menjadi 'stem cell' yang digunakan untuk rawatan ini. 


Bye Bye Scars Demo Oleh Dr Kanwill Gill.


Bye Bye Scar dengan menggunakan kaedah laser dan suntikan PRP ini adalah pilihan kebanyakkan orang ramai khususnya selebriti di seluruh dunia. Ini adalah rawatan yang sama sekali tidak mempunyai kesan sampingan malah memberi kesan serta merta. Rawatan Bye Bye Scars ini bukanlah menggunakan laser yang meninggalkan kesan kulit terbakar dan rasanya tak sakit pun sebab dah diletakkan 'cream kebas' sebelum rawatan dimulakan.

Vampire Bloody Facials oleh Dr Lashela

Vampire Bloody Facial terapi adalah proses dimana darah diambil dari tubuh pesakit dengan cara yang serupa dengan ujian darah, yang kemudiannya diletakkan di dalam mesin yang memisahkan sel-sel darah, platelet dan serum. Kemudian disuntik semula ke kawasan badan yang memerlukan rawatan atau peremajaan semula kadang-kadang dirujuk sebagai "Vampire" atau rawatan "Dracula".

Dr Lashela memaklumkan kepada yang Platelet membantu tubuh memperbaiki diri kita dengan melepaskan elemen pertumbuhan, merangsang sel kulit untuk menghasilkan tisu baru, selain meningkatkan tona kulit serta kadar pengeluaran kolagen. Ini membantu kulit tumbuh semula dengan sihat, kelihatan lebih bersemangat dan berisi. Tambah beliau lagi, ianya berrgantung kepada individu dengan anggaran tempoh pemulihan dalam 2-3 minggu.


Result akan nampak dalam tempoh 3 minggu rawatan dan kulit kita harus lebih anjal dan licin. Kulit secara beransur-ansur akan bertambah baik pada bulan-bulan berikutnya dan hasilnya dapat dilihat dalam jangka masa selama 18 bulan. Walau bagaimanapun rawatan tambahan diperlukan untuk kulit mengekalkan kesihatannya.

Bengkak dan lebam yang minimum mungkin kelihatan sehingga seminggu selepas rawatan tetapi ini akan mereda. Rawatan ini adalah rawatan yang lebih selamat daripada kaedah anti penuaan lain kerana ia adalah semulajadi.

Pada asalnya, kaedah rawatan vampire ini sering digunakan di dalam perubatan terutamanya penyakit-penyakit kronik seperti pembedahan jantung, ortopedik dan urologi, namun disebabkan skop perubatan ini semakin meluas, ia kemudian mula digunakan oleh atlet-atlet untuk merawat tisu ligamen dan tendon yang terkoyak.

Dengan kemajuan dalam perubatan, terapi PRP mampu mengekstrak larutan plasma tinggi platelet dan memberikannya terus ke tempat yang ingin di rawat dengan menyuntik larutan platelet yang diambil dari darah pesakit, ia akan mengandakan keupayaan tubuh badan untuk sembuh.

Sebenarnya, bermula pada tahun 2000, rawatan ini mula digunakan dalam bidang perubatan estetik terutamanya untuk merawat parut pada wajah selain mengekalkan keremajaan kulit.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu rawatan dijalankan, individu dilarang untuk mengambil ubat cair darah sekurang-kurangnya tiga hari sebelum rawatan.

sesi pertanyaan dan soalan kepada Toscana Medi Clinic










Anda boleh hubungi terus jika ada pertanyaan mengenai rawatan yang and ingin lakukan. Lawati Facebook untuk melihat promosi-promosi dan terkini dari Toscana Medi Clinic.

Toscana Medi Clinic.

Alamat : 
Lot 01 & 02 Level G4 Block D5 , Solaris Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6143 8866

Laman web : www.toscanamed.com/