KTM BERHAD AGIH 1,000 PEK HARI RAYA KEPADA PARA PENUMPANG TREN DI STESEN KUALA LUMPUR SENTRAL
KTM BERHAD AGIH 1,000 PEK HARI RAYA KEPADA PARA PENUMPANG TREN DI STESEN KUALA LUMPUR SENTRAL
Sempena sambutan Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelang tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengedarkan sejumlah 1,000 pek Hari Raya kepada para penumpang yang pulang ke kampung halaman.
Pek Hari Raya ini diedarkan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur oleh Yang Berhomat Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia, diringi oleh Encik Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB bersama barisan pengurusan KTMB Pek Hari Raya ini diedarkan kepada penumpang ETS dan KTM Komuter.
Yang Berhomat Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia sempat di perkenalkan dengan pek makanan dalam ETS dan melawat kawasan kawalan EtS bagi memastikan perjalanan keretapi lancar.
Sempena sambutan Aidilfitri kali ini, KTM Katering juga turut menyediakan lima (5) sajian istimewa di atas tren yang akan disediakan bermula pada 11 Jun sehingga 13 Julai 2018 sempena sambutan Aidilfitri laitu
1) Nasi Hujan Panas bersama Ayam Rendang
2) Nasi Minyak bersama Ayam Kurma
3) Nasi Himpit bersama Satay Ayam
4) Nasi Himpit bersama Sambal Goreng Jawa
5) Roti Jala bersama Kari Kentang
Menu sajian ini boleh didapati di Koc C di dalam perkhidmatan ETS sepanjang tarikh yang dinyatakan.
Menariknya sambutan pada tahun ini disertai oleh rakan-rakan strategik dan pertama kalinya, anak syarikat KTMB laitu KTM Distribution Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan kurier turut bersama menyumbangkan bubur lambuk kepada para penumpang
Yang Berhomat Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia sempat juga melepaskan perjalan EtS ke destinasi yang ingin di tujui.
Rakan-rakan strategik KTMB juga turut memberi sumbangan berupa pakaian hari raya kepada anak-anak yatim serta menyumbangkan kurma, kismis, muffin, biskut raya, air kotak kepada para penumpang KTM. Pemberian pek Hari Raya ini merupakan acara tahunan KTMB sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sentiasa memilih perkhidmatan KTMB sebagai mod pengangkutan utama.
Di samping itu, KTMB juga turut memberikan sumbangan berupa wang dan pakaian Hari Raya kepada Anak Anak Yatim daripada Pusat Jagaan Suci Rohani bagi mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
KTMB turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama tetamu kehormat, anak-anak yatim dan para media. Di samping meraikan 40 orang anak-anak yatim, acara Ini juga bertujuan untuk menghargai sokongan para media yang tidak pernah jemu dalam memperkenal dan mempromosi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB, serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Pengurusan KTMB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan memohon agar para pengguna perkhidmatan KTMB supaya menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan bagasi yang dibawa samada semasa di stesen mahupun di dalam tren.
Selain itu juga, para penumpang dikehendaki untuk berada di stesen 30 minit sebelum waktu perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh KTMB melalui notis atau kakitangan bertugas.