The Jerai Hill Resort yang cantik
Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.
Gunung Jerai terdiri daripada struktur batu dengan ketinggian 1217 meter dari paras laut. Dengan kedudukan hampir dengan laut, Gunung Jerai telah dijadikan sebagai panduan dan arah oleh pelayar serta pedagang pada zaman dahulu antara kurun ke-5 hingga ke-14 masihi untuk belayar masuk ke Lembah Bujang.
The Jerai Hill Resort atau lebih dikenali sebagai The Regency Jerai Hill Resort yang terletak di daerah Gurun. Pemandangan dari puncak Gunung Jerai ternyata bagai di atas awan dan sejuk.
Dekorasi Simple Day cafe yang menarik di hiasi dengan bunga-bunga mekar menambahkan lagi seri resort ini. Sejuk mata memandang sejuk lagi kalau berjalan-jalan di sini.
The Jerai Hill Resort bertaraf 4 bintang mempunyai 75 buah bilik berkonsep chalet dengan pilihan harga cukup berpatutan dan berbaloi. Sesuai untuk anda yang datang bersama family tika cuti sekolah atau hujung minggu.
Harga Bilik The Jerai Hill Resort
Superior RM 298 satu malam
Deluxe RM 358 satu malam
Premier RM 388 satu malam
Executive RM 438 satu malam
Memang menarik sekali suasana lanscape yang indah yang mengelilingi Resort ini termasuklah taman mainan dan kawasan-kawasan rehat.
Pemandangan matahari terbenam menarik perhatian kami yang sibuk bergambar melihat suasana yang cantik ketika di sini.
Antara kemudahan lain tersedia buat para tetamu yang menginap di sini ialah kolam renang, hutan Gunung Jerai, taman permainan serta taman bunga Hydrangea (bunga Tiga Bulan) yang hidup fresh mekar kerana cuaca sejuk amat sesuai bagi pokok ni.
Sebelah malam pula kami menikmati hidangan steamboat di Restoren The Puncak Kedah yang sangat sedap dan menarik di penuhi dengan makanan laut dan sayur-sayuran.
Makanan pagi mereka memang sedap dan menarik memberikan semangat untuk kami meneruskan perjalanan seterusnya.
Suasa indah di waktu pagi sekitar kawasan Resort.
Musim cuti sekolah datang bawa ahli keluarga datang bercuti ke The Jerai Hill Resort sambil menikmati panorama alam yang sangat menarik dan sejuk seperti camerin highland.
The Regency Jerai Hill Resort
Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel: 04 - 466 7777
Facebook : Facebook.com/TheJeraiHillResortGurun
#TOURISMKEDAH #TRAVELWITHME
#TravelogueMalaysia #Jeraigeopark #Dboystudio #malaysiatravelblog#Travelblogger #bloggermalaysia #bloggerMy #malaysianlifestyleblogger#Travel #Kedah #AlorSetar #Yan #GunungJerai
#TravelogueMalaysia #Jeraigeopark #Dboystudio #malaysiatravelblog#Travelblogger #bloggermalaysia #bloggerMy #malaysianlifestyleblogger#Travel #Kedah #AlorSetar #Yan #GunungJerai
Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.
Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.
Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.
Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.