Terkini | New

KL Tower International Towerthon Challenge 2018

ROAD TO GLORY Acara sukan ekstrem 'KL Tower International Towerthon Challenge' yang ditunggu-tunggu kini kembali lagi bagi edisi ke-18 pada Ahad, 19 Ogos 2018, bermula jam 5.30 pagi.



Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji kekuatan fizikal dan mental dalam usaha menawan puncak Menara Kuala Lumpur. Tahun ini, ianya bertemakan 'Road to Glory'.



Perlumbaan ini akan bermula di kawasan parkir terbuka Menara Kuala Lumpur di mana peserta perlu berlari mendaki bukit sejauh 800 meter sehingga ke lobi Menara Kuala Lumpur. Seterusnya, mereka perlu memanjat 2.058 anak tangga sehingga ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak 288 meter dari aras bumi.



"Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 1998, rekod terbaik yang dicatatkan oleh peserta ielaki Malaysia setakat ini adalah 11 minit 56 saat, manakala peserta wanita Malaysia mencatatkan masa terbaik 14 minit 51 saat. Kami berharap peserta tempatan pada kali inl akan lebih kompetitif untuk memecahkan rekod yang tercipta sebelum ini", kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd



Setelah 16 tahun penganjurannya, acara berprestij ini telah menjadi acara sukan lasak utama Menara Kuala Lumpur dan ia bertepata dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur untuk mempromosikannya Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi lawatan wajib bagi aktiviti Kebudayaan (Culture), aktiviti Lasak (Adventure) dan aktiviti Alam Semulajadi (Nature) .



Tahun ini, acara dibuka terhad kepada 3,000 peserta sahaja dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan peserta luar negara. 
6 kategori yang akan dipertandingkan pada kali ini seperti, Lelaki Terbuka (18 hingga 39 tahun). Lelaki Veteran (40 tahun ke atas), Wanita Terbuka (18 hingga 39 tahun), Wanita Veteran (40 tahun ke atas), Lelaki Junior (13 hingga 17 tahun). Perempuan Junior (13 hingga 17 tahun). 



Yuran penyertaan bagi peserta dewasa ialah RM85.00, pelajar sekolah lalah RM47.00 dan peserta dari luar negara ialah RM123

Pelbagai hadiah lumayan dan menarik boleh dimenangi para peserta, dimana jumlah hadiah secara keseluruhannya bernilai RM42,000.00. Rekod Masa Terbaik bagi individu lelaki dan wanita Malaysia juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM2,000.00 setiap seorang.


Istimewa pada edisi tahun ini, peserta 'ELITE' dan profesional dari Kategori Terbuka Lelaki akan dilepaskan terlebih dahulu untuk bersaing sesama mereka. dengan catatan masa terbaik akan memenangi t-shirt 'FINISHER istimewa. 

Manakala peserta tempatan dengan masa terpantas bagi Ketegori Terbuka Lelaki dan Wanita akan dibawa bertanding di Larian Tangga Menara Dunia di luar negara dan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur. 


Para peserta juga boleh membawa pulang barangan PERCUMA yang disediakan oleh rakan-rakan acara seperti beras basmathi oleh Jasmine, minuman kesihatan seperti Yakult, 100 Plus, 3Horses, MOMA dan makanan kesihatan Nature Valley. Para peserta yang datang dari luar Lembah Klang boleh menginap di Hotel OASIA yang terletak bersebelahan Menara Kuala Lumpur pada kadar harga yang amat istimewa. Telekom Malaysia (TM) juga tidak ketinggalan untuk membuka kaunter promosi UNIFI pada hari acara tersebut. 



Untuk memeriahkan lagi acara kali ini, persembahan buskers dan jualan sarapan pagi istimewa akan diadakan. Manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan aktiviti khas seperti Flying Fox, persembahan bina badan, pameran keselamatan dan banyak lagi pada 19 Ogos 2018 ini.




Tahun ini acara KL Tower International Towerthon Challenge telah disokong dan dimeriahkan lagi oleh Kementerian Pelancoan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Telekom Malaysia (TM) Jasmine, 3Horses, Yakult (M), 100Plus, Nature Valley, MOMA, MAXX dan Hotel OASIA. 

Kepada para peminat acara 'KL Tower International Towerthon Challenge', anda masih berpeluang untuk mendaftar dengan melayari laman web