RESIDENSI UTMKL | Apa Yang Menarik Di Residensi UTMKL
RESIDENSI UTMKL | Universiti Teknologi Malaysia.
Sebagai universiti awam terkemuka negara yang telah menempa sejarah sekali lagi sebagai universiti awam pertama yang membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel di Malaysia.
Menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Jom Raya dari Residensi UTMKL dan Gurney Mall dapat mengenali dengan lebih dekat lagi Residensi UTMKL.
Kompleks ini yang dikenali sebagai Residensi UTMKL telah dibangunkan oleh UTM bermula tahun 2013 dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017.
Universiti Teknologi Malaysia amat berbangga kerana Kompleks ini dibangunkan melalui pembiayaan sendiri oleh pihak UTM dan telah mendapat perhatian dari, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Universiti Awam lain serta pihak Industri sebagai tanda aras bagi usaha untuk menyediakan fasiliti yang bertaraf antarabangsa selaras dengan slogan Lifestyle@UTMKL
Residensi UTMKL merupakan pembangunan bersepadu yang terdiri dari 4 menara dengan 3 menara adalah hotel dan 1 menara adalah kompleks penginapan pelajar.
Kompleks ini juga dilengkapi dengan Dewan Bankuet yang mampu menempatkan 500 hingga 1,000 orang tetamu pada satu masa UTM Holdings Sdn Bhd sebagai anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia dipertangungjawabkan untuk mengurus operasi keseluruhan Residensi UTMKL
Residensi UTMKL mengandungi
7 tingkat podium dan 4 menara penginapan iaitu :
Menara 1 - 22 tingkat dengan 150 unit penginapan 2 bilik
Menara 2 - 13 tingkat dengan 50 unit penginapan 3 bilik
Menara 3 - 11 tingkat dengan 118 unit studio
Menara 4 - 14 tingkat dengan 182 unit studio
Gambar sumber Google
The Royal Widad Residence menjalankan operasi hotel
bertaraf 4 (empat) bintang manakala The Regency scholars Hotel pula menjalankan operasi hotel bertaraf tiga (3) bintang.
Antara Hotel yang terkenal dan berpengalaman luas dalam bidang perhotelan.
UTMSPACE Sebagai badan korporat yang bertanggungjawab merancang, mengurus melaksanakan pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat universiti Teknologi Malaysia juga menjalankan operasinya di Residensi UTMKL.
UTMSPACE beroperasi di tingkat 2 bangunan ResidensiKL ini. . Bilik-bilik kuliah, dewan seminar, makmal dan pelbagai fasiliti yang bertaraf antarabangsa di sediakan di sini.
Residensi UTMKL juga menyediakan kemudahan ruang membeli- belah yang dikenali sebagai Guney Mall menempatkan pelbagai nama terkenal seperti, Burger King, KFC, Old Town White Coffee, Speedmart99, Richiamo Coffee, Bento Street Café, Mynews.com dan pelbagai kedai serta perkhidmatan telah memulakan perniagaan.
Selain itu, antara kemudahan yang terdapat di
Residensi UTMKL ini ialah :
-Boling 10 lane
-Kolam renang
-60 unit ruang perniagaan seluas 39,860 kaki persegi
-Parkir sebanyak 719 lot
Salah satu bilik untuk 3 bedroom yang lengkap |
STUDIO ROOM
(182 UNITS) |
244 SQ FT
QUEEN BED AND TWIN BED
|
NORMAL FLOOR
RM350
PREMIUM FLOOR
450
|
2 BEDROOM APARTMENT
(150 UNITS) |
660 SQ FT
MASTER BEDROOM
SINGLE BED
|
NORMAL FLOOR
RM650
PREMIUM FLOOR
RM750
|
3 BEDROOM APARTMENT
(50 UNITS) |
829 SQ FT
MASTER BEDROOM
QUEEN BEDROOM
SINGLE
|
NORMAL FLOOR
RM 950
PREMIUM FLOOR
RM1,050
|
Untuk menempah hotel atau mengetahui maklumat terkini tentang Residensi UTMKL anda boleh kunjungi
Residensi UTMKL
Jalan Maktab,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sementara saya buat live video photo by