Makanan Pilihan di TERENGGANU yang harus anda cuba.
Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke lokasi makanan pilihan. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.
Kami sempat merasai makanan-makanan yang menarik sepanjang perjalanan Travelogue kami ke Negeri Terengganu.
1. Kedai Makan Sinah,
Kampung Losong Dato’ Amar.
Kampung Losong Dato’ Amar.
Kedai makan yang di penuhi nasi-nasi dan lauk semasa sarapan pagi menarik perhatian kami. Harga yang berpatutan menjadikan kedai ini pilihan ramai untuk membeli sarapan pagi.
Pengunjung yang baru pertama kali datang ke sini pasti terpukau dengan pelbagai jenis makanan. Jangan risau jika bertanya bukan peniaga sahaja yang akan membantu anda tetapi pembeli tempatan juga boleh memberitahu bagaimana untuk memakannya.
Memang berbaloi jika anda datang kesini sebab harganya cukup murah dan menjimatkan poket anda. Rasa nak mencuba kesemuanya bila makanan menarik di depan mata.
2. Kedai Udang Celup Tepung.
Pantai Penarik memang terkenal dengan udang dan sotong celup tepungnya yang cukup murah dan sedap. Jika anda ke Terengganu jangan lupa merasai sendiri keenakkan makanan di sini.
Pastikan anda merancang percutian anda semua dengan baik dan teratur bagi memastikan berjalan dengan lancar dan selamat.