Terkini | New

PASAR PAYANG DAN KAMPUNG CINA

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Pasar Payang dan Kampung cina, Terengganu. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. 


Pasar Payang dan Kampung cina.
 
Pasar Payang dan Kampung cina Terengganu menjadi pilihan kami kerana ia menjadi tarikan pengunjung membeli belah dan mendapatkan hasil buatan asli penduduk.






Pasar Payang terkenal dengan kedai kain , batik dan suteranya yang cantik dan menawan. Pasti ada yang rambang mata melihat koleksi-koleksi yang ada.











Bahagian makanan pula memang penuh dengan juadah makanan dari tradisional hinggakan yang moden dengan harga yang berpatutan. Keropok lekor menjadi makanan kegemaran pengunjung yang hadir untuk di bawa pulang.




Memandangkan Pasar Payang bersebelahan dengan Kampung Cina kami berjalan mengelilingi kawasan perkampungan dan deretan kedai di sana. Kami di terangkan mengenai sejarah dan asal usul penempatan yang telah lama wujud. Terima kasih kepada Mr. Lawrence yang bersama kami menyingkap sejarah di sini.




















Antara tinggalan dan ukiran yang cantik untuk tatapan generasi akan datang. Walaupun agak sukar menjaga hiasan atau tinggalan lama penduduk tempatan berjaya menempatkan kawasan ini sebagai pilihan hotspot pelancong yang datang.







Jika ke Terengganu jangan lupa singgah melawat dan menyelusuri perkampungan cina dan melihat sendiri ukiran dan lukisan anak-anak muda yang berbakat besar.