Terkini | New

PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @zakat.com.my

PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @zakat.com.my 

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP laitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 selama 3 bulan.


Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramail asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat. 


Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my




Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat íaitu pada 1 Disember 2018 nanti. 


Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.


Pelancaran Kempen Jom Berzakat di
zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Serigroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin. 

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ- MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.

 SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN: 
Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP www.zakat.com.my/kempen 
dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018-31 Oktober 2018. 

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5 % yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat 

Untuk maklumat lanjut program sila hubungi 
Nur Haliza Abd Rahman 
Pengurus 
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP 
012-500 3547 

Norazlina Mohd Nordin 
Penolong Pengurus 
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP 
019-728 3839 

Amiro Faizal Azali 
Eksekutif Kanan 
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP 
014 221 2343

lylia Mardhiana Mohamed Fauad 
Eksekutif 
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP 
019-550 6747



20 Hadiah Setiap Bulan Untuk Dimenangi !!!

Apalagi?hanya klik link ini www.zakat.com.my/kempen dan klik butang "BAYAR ZAKAT ANDA" dalam link tersebut untuk membuat pembayaran zakat.

Atau...imbas QR Code yang ada dalam poster untuk terus ke linkwww.zakat.com.my/kempen
.
.
Bayar zakat dapat hadiah?
Ya,selama 3 bulan ini (Ogos,September & Oktober) bayaran zakat melalui portal kami anda berpeluang memenangi hadiah tajaan.
.
.
Bukanlah hadiah yang kita kejar dalam kita melaksanakan kewajipan tapi dalam 3 bulan ini ada sedikit kelainan kerana SeriGroup Global Sdn Bhd berbesar hati menaja hadiah sebagai menghargai para pembayar zakat

Terima kasih kepada penaja hadiah bagi kempen Jom Berzakat@zakat.com.my iaitu SeriGroup Global Sdn Bhd

(Para pemenang hadiah bulanan akan diumumkan pada setiap bulan berikutnya dan majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada Karnival Zakat yang diadakan nanti pada 01 Disember 2018 nanti)

SELAMAT BERZAKAT
BERZAKAT MEMBAWA BERKAT

Talian zakat: 1300885757