Terkini | New

ROYAL KLANG TOWN HERITAGE WALK BERSAMA TOURISM SELANGOR

TEROKAI LALUAN BERSEJARAH DI ROYAL KLANG TOWN HERITAGE WALK 

Kali ini kami kongsikan pengalaman mengikuti heritage walk yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama KTM Holidays ke Klang, Selangor. Perjalanan heritage walk yang unik ini ke Bandar Klang adalah sesuai untuk penggemar sejarah.

Pengamal media dan peserta agent tour menaiki Ktm Komuter dari Kuala Lumpur Sentral menuju ke destinasi hentian Klang. Segala maklumat dan sejarah di terangkan kepada kami betapa pentingnya pengangkutan kereta api suatu masa dahulu.










Satu kebanggaan buat kita Ktm Berhad dapat menjaga dan memelihara kemudahan kereta api hingga ke hari ini untuk orang ramai. Stesen keretaapi ini telah di bina pada tahun 1890 lagi, satu sejarah yang patut di pelihara.


Bandar Klang adalah bandar Diraja Selangor yang terletak kira-kira 30km dari bandaraya Kuala Lumpur. Bandar DiRaja Klang, bandar yang pernah menjadi ibu negeri Selangor suatu ketika dahulu, kini menjadi destinasi pelancongan terpenting di Selangor ekoran jumlah pengunjung semakin meningkat saban tahun.





1. Royal Gallery Sultan Abdul Aziz Shah
Perjalanan sejauh 5minit sahaja anda boleh tiba di Galeri Sultan Abdul Aziz cuba berjalan kaki.

Pengalaman yang berharga dapat dirasai pengunjung ketika melawati Royal Klang Heritage Town Heritage Walk kerana ia merupakan tempat bersejarah DiRaja, pengunjung akan mendapat melihat gambaran tentang zaman kanak-kanak dari awal tahun.

 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai putera mahkota, kerjaya beliau di pejabat tentera dan awam sehingga pelantikannya sebagai Sultan Kelapan Selangor pada tahun 1960 dan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke Sebelas di 2001. Antara koleksi pameran DiRaja terdiri daripada koleksi peribadi artifak dan hadiah yang meliputi tempoh pemerintahannya. 






Royal Klang Town Heritage Walk dipelihara sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor melalui Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Di buka pada setiap hari Sabtu dan Ahad, dan pemandu pelancong professional juga disediakan secara percuma untuk semua pengunjung. Tidak lengkaplah perjalanan terokai Selangor jika tidak berkunjung ke Royal Klang Town Heritage Walk. 



2. Klang Royal Club.
Klang Royal Club terletak di Jalan Istana
Di bina pada tahun 1901. Kelab Klang ini diasaskan pada tahun 1901, di tapak lokasi seperti pada hari ini, untuk kegunaan aktiviti sosial dan rekreasi.





Kelab Klang merupakan pusat utama sukan, sosial dan aktiviti kebudayaan komuniti Eropah di Klang. Pada tahun 1999, DYMM Sultan Selangor telah mengurniakan gelaran "Diraja" kepada kelab ini, dan sehingga kini ianya dikenali pula dengan nama "Kelab Diraja Klang"




3. Istana Shah Alam
Royal Klang Town Heritage Walk ini sangat sesuai untuk penggemar sejarah yang ingin terokai asal usul kesultanan dan sejarah negeri Selangor. Pengunjung akan berjalan kaki menelusuri jalan dan bangunan bersejarah yang mengambil masa sekitar 2.5 jam. Kami sempat bergambar di pintu gerbang Istana Shah Alam yang cantik.







Sempat juga kami di bawa menaiki bukit yang bertaman bunga dikatakan pernah wujudnya sebuah hospital di atas puncak bukit suatu masa dahulu.

 4. Church of Our Lady of Lourdes
Gereja Our Lady of Lourdes, yang terletak di Jalan Tengku Kelana, adalah salah satu gereja katolik paling terkenal di Malaysia. Gereja tersebut, yang telah dibina pada 2008, adalah berdasarkan seni bina Gotik. Ia mempunyai panel kaca yang diambil dari Pusat Rawatan Subang Jaya, yang menyerupai Mother Mary.






Antara peta laluan yang di letak di tepi jalan bagi memudahkan pengunjung meliaht sendiri tempat-tempat pilihan mereka untuk berjalan.


5. Tengku Kelana Street ( Little India)
Keistimewaan Royal Klang Town Heritage Walk yang boleh dirasai sendiri oleh pengunjung adalah dapat menikmati pemandangan bangunan bersejarah, melihat suasana di sepanjang laluan seperti orang menilik nasib, melukis, tekstil penenunan masyarakat India, dan pelbagai lagi. 








Selain itu, pengunjung juga boleh membeli belah buah tangan disekitar kawasan Jalan Tengku Kelana Little India. Dalam perjalanan itu kita juga dapat berinteraksi secara langsung dengan masyarakat Klang yang pelbagai agama dan bangsa yang ramah dan mesra. 

6. Indian Muslim Mosque Tengku Klana 
Masjid India Muslim Tengku Kelana adalah sebagai peringatan kepada seni bina Muslim di India Selatan. Struktur asli itu telah dibina pada 2010 tetapi masjid itu telah dibina semula dua kali sejak itu. Khutbahnya disampaikan dalam bahasa Tamil.




7. Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja mempunyai galeri koleksi-koleksi bahan sejarah yang di gunakan pada masa dahulu.












Terdapat juga keda-kedai lama yang masih terpelihara dan mengimbau kenangan lama untuk sama-sama kita jaga dan pelihara. hampir 11 tempat bersejarah yang anda patut kunjungi di antaranya yang boleh dilawati adalah , Royal Gallery Sultan Abdul Aziz Shah, The Former Chartered Bank, Royal Klang Club, Alam Shah Palace, Church of Our Lady of Lourdes, Klang Convent School, Tengku Kelana Street (Little India), Indian Muslim Mosque Tengku Klana, Sri Nagara Thendayuthapani Temple, Klang Fire Station, dan Gedung Raja Abdullah.

Jika anda ingin mengikuti jelajah heritage walk setiap sabtu dan ahad  bolehlah mendaftar di Galeri Sultan Abdul Aziz seawal 8.30 pagi, pemandu pelancong turut di sediakan dan ia adalah percuma.
Terima kasih kepada pemandu pelancong kami yang memberikan maklumat menarik sepanjang perjalanan.





Kami sempat menjamu selera dengan makanan tradisional yang di sediakan oleh Pihak PADAT, Selangor. Nasi Ambeng ini selalu di makan ketika kenduri-kendara dan majlis doa selamat masyrakat di negeri Selangor.




Bahulu Kemboja dan Wadai Kepeng menjadi hidangan petang pemanis mulut yang popular di negeri Selangor turut menarik perhatian kami.


Royal Klang Town Heritage Walk adalah aktiviti yang memanfaatkan bagi meningkatkan kesedarran masyarakat dan anak muda amnya dalam menghargai warisan dan sejarah negeri Selangor. Pengunjung juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih LocoMole secara percuma untuk di gunakan sebagai panduan dan maklumat semasa perjalanan.

Untuk info terkini sila rujuk pada laman social rasmi mereka. Kami share link-link mereka untuk maklumat anda:

Laman web: 
www.tourismselangor.my 

Ktm Holidays
http://www.ktmb.com.my/Escape.html


Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program ini.

dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio