Me Books Asia Lancar Aplikasi Interaktif di Malaysia
Me Books Asia Lancar Aplikasi Interaktif di Malaysia.
Aplikasi baharu ini menyediakan rangkaian buku kanak-kanak yang menarik dilengkapi dengan ciri audio dengan hanya sebulan langganan.
Me Books Asia hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi interaktif mereka di App Store dan Google Play Store dan mensarankan aplikasi ini untuk kanak-kanak berusia dua hingga sembilan tahun.
Pelancaran aplikasi Me Books ini tiba tepat pada waktunya dimana jumlah pembaca muda kini berada pada tahap yang membimbangkan semenjak pengenalan internet.
Kanak-kanak pada era digital kini tidak lagi membaca dan Me Books Asia berharap masyarakat dapat menemukan semula semangat dan cinta untuk membaca dan bercerita melalui aplikasi baharu ini.
Kanak-kanak pada era digital kini tidak lagi membaca dan Me Books Asia berharap masyarakat dapat menemukan semula semangat dan cinta untuk membaca dan bercerita melalui aplikasi baharu ini.
Naik taraf kepada suite teknologi Me Books menggambarkan inisiatif syarikat tersebut dalam membina aplikasi mudah alih yang paling maju dan bersesuaian untuk kanak-kanak, bertujuan untuk memberi akses mudah kepada kandungan berkualiti, di harga yang berpatutan dan menarik buat kanak-kanak Malaysia.
“Misi kami adalah berdasarkan kepada kepercayaan tegas kami bahawa kanak-kanak berhak mendapat akses kepada kandungan pembelajaran yang terbaik, tidak mengira di mana mereka berada. Sebarang halangan kepada akses untuk bahan bacaan dan pembelajaran tidak patut berlaku, dan kebolehan untuk bertutur dan membaca dalam Bahasa Inggeris merupakan satu cabaran penting yang melanda penduduk Asia Tenggara di generasi ini dan yang akan datang.
Semasa membesar, saya sering kali ditertawakan oleh rakan-rakan sekolah kerana tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik, justeru ia menjadi misi saya untuk merubah senario ini untuk kanak-kanak lain di luar sana,” kata Hao Jin, KPE dan pengasas Me Books Asia.
Semasa membesar, saya sering kali ditertawakan oleh rakan-rakan sekolah kerana tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik, justeru ia menjadi misi saya untuk merubah senario ini untuk kanak-kanak lain di luar sana,” kata Hao Jin, KPE dan pengasas Me Books Asia.
Beliau menambah, “Dengan meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak kepada tahap yang lebih baik, kami percaya bahawa aplikasi baharu ini boleh memberikan pengguna pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh disamping menyediakan alat yang baik untuk digunakan melalui medium yang sudah dikenali dan disayangi oleh pribumi digital hari ini. Kami teruja untuk membawa magis penceritaan hidup kembali melalui aplikasi yang boleh memberi inspirasi, menghibur dan memperkayakan keluarga di Malaysia.”
Me Books kini bekerjasama dengan penerbit terkenal di seluruh dunia, termasuk Oxford Reading Tree, Andersen Press, dan ELI Publishing, termasuk penerbit tempatan seperti Magicbird Publishing dan Oyez.
Aplikasi Me Books dilengkapi dengan audio yang boleh disesuaikan dengan keperluan pengguna membenarkan proses pembelajaran mula berlaku melalui mendengar. Dengan penggunaan teknologi yang dipatenkan, ciri aplikasi lukis-dan-rekod menjemput kanak-kanak dan pengguna berinteraksi dengan cerita dan karakter dari buku-buku yang dimuatkan dalam aplikasi ini dan menikmati buku audio yang diceritakan oleh narator kelas-dunia seperti Benedict Cumberbatch dan Sir David Jason, dan mencipta cerita bersama. Ciri-ciri lain aplikasi ini termasuk:
Lebih 400 buku kanak-kanak dari penerbit terbaik seluruh dunia.
Dilengkapi ciri narasi audio berserta sebutan dan intonasi yang tepat oleh Benedict Cumberbatch, Sir David Jason, Rik Mayall, Adam Buxton dan banyak lagi narator bertaraf-dunia.
Dilengkapi dengan audio yang boleh disesuaikan dengan keperluan pengguna untuk penceritaan bersama menggunakan ciri aplikasi yang dipatenkan iaitu ciri lukis-dan-rekod.
-Aplikasi ini menyokong pembacaan di luar talian
-Aplikasi ini menyokong penggunaan dan akses untuk tiga peranti untuk di bawah satu pengguna.
-Kesan bunyi menarik untuk mencabar imaginasi pengguna.
Me Books Asia telah dihasilkan oleh sekumpulan pencipta dari pelbagai bidang seperti pendidikan, perubatan, psikologi, pengiklanan, penerbitan dan kewangan dalam usaha untuk menjadikan akses kepada pendidikan lebih mudah dan berpatutan untuk kanak-kanak tidak mengira batasan geografi dan institusi.
“Sebagai seorang doktor, antara impak yang boleh saya berikan kepada kehidupan seorang kanak-kanak terbatas kepada hanya aspek fizikal. Kini dengan Me Books, saya boleh menyentuh kehidupan kanak-kanak di luar sana melalui cara baharu dan seterusnya menggalakkan minat untuk pengetahuan dari umur yang kecil,” kata Dr. Chatichai Chong, pengasas bersama Me Books Asia.
Beliau menambah, “Dengan Me Books, kami boleh mencapai lebih ramai ibu bapa tidak mengira kawasan sama ada di bandar mahu pun di kawasan yang lebih terpencil dan memberi peluang kepada kanak-kanak di mana-mana sahaja untuk mendapat bahan bacaan bertaraf dunia menggunakan peranti mereka yang sedia ada. Impian kami adalah untuk sentiasa menyediakan bahan bacaan inovatif yang menarik untuk kanak-kanak dengan menggabungkan teknologi dan seni, dan akhirnya memberikan akses ini kepada semua.”
Me Books percaya dengan menggabungkan hiburan yang merangsang deria sentuhan bersama medium pembelajaran digital ianya mampu memberi pengalaman pembelajaran pelbagai deria yang menyeluruh untuk kanak-kanak. Satu lagi produk Me Books ialah Me Books Theatre - yang direka khas untuk digunakan bersama aplikasi Me Books. Me Books Theatre menggunakan audio digital untuk menyokong penceritaan buku dan sesuai digunakan dengan mana-mana peranti pintar.
Me Books boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store. Langganan bulanan bermula pada harga RM 16.90 sebulan, RM 12.90 sebulan untuk pakej 6-bulan, dan RM 9.90 sebulan untuk pakej 12-bulan. Apabila pengguna mendaftar untuk pakej 12-bulan, mereka juga akan menerima ciri Me Books Theatre secara percuma. Setiap pengguna akan mendapat akses kepada lebih 400 buku kanak-kanak dengan audio yang menarik dengan hanya langganan bulanan.
Tajuk dan ciri baharu akan ditambah kepada aplikasi ini di masa akan datang, dan ibu bapa adalah digalakkan untuk memberikan cadangan untuk menambah baik aplikasi ini.
Ibu bapa boleh menyatakan pandangan dan idea mereka untuk mengembangkan Me Books melalui emel hello@mebooks.asia.
Ibu bapa boleh menyatakan pandangan dan idea mereka untuk mengembangkan Me Books melalui emel hello@mebooks.asia.
Me Book Asia Me Books Asia telah dihasilkan oleh sekumpulan pencipta dari pelbagai bidang seperti pendidikan, perubatan, psikologi, pengiklanan, penerbitan dan kewangan dalam usaha untuk menjadikan akses kepada pendidikan lebih mudah dan berpatutan untuk kanak-kanak tidak mengira batasan geografi dan institusi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Me Books di www.mebooks.asia