Terkini | New

Taiwan Ekspo Kembali Lagi Di Kuala Lumpur Pada 25 Oktober Ini

Taiwan Ekspo Kembali Lagi 
Di Kuala Lumpur Pada 25 Oktober Ini
12 Pavilion Pameran Utama Merangkumi 8 Industri Bakal Membuka Peluang Kerjasama Perniagaan Antara Taiwan dan Malaysia.



Taiwan Expo 2018 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) dari 25 hingga 27 Oktober dan akan menampilkan 12 pavilion pameran utama yang meliputi lapan sektor industri. Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut yang Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dengan pelbagai produk menarik akan dipamerkan. 


Taiwan Ekspo merupakan salah satu aktiviti utama untuk melaksanakan ‘Dasar Pandang Ke Selatan Taiwan’ (Taiwan Southbound Policy) di Asia Tenggara. Antara negara-negara yang telah dijelajahi sebelum ini termasuklah Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan India. Manakala, Malaysia yang menjadi destinasi terakhir merupakan kemuncak siri jelajah Taiwan Expo pada tahun ini yang menjadi tumpuan perhatian ramai.



Taiwan Ekspo 2018 akan berlangsung di 
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 
25hb. Oktober (Khamis) sehingga 27hb. Oktober (Sabtu), dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang.


Kemasukan adalah percuma dan pengunjung hanya cuma mendaftar untuk mendapatkan pas masuk. Untuk pendaftaran aktiviti-aktiviti ekspo atau maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Taiwan Ekspo: 
http://mys.taiwanexpoasean.com/ 

Media sosial 
www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/
 www.instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia