Terkini | New

Review Filem Polis Evo 2

BERPAKSI NUSANTARA, BERWAJAH ANTARABANGSA.

Mendominasi sebagai pengeluar filem tempatan paling aktif sepanjang tahun 2018, Astro Shaw melabuhkan tirai tahun ini dengan sebuah filem mega Polis Evo 2 (PE2) yang menemui penonton pada 22 November. Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew adalah hasil kerjasama SCM dan Blackflag Productions Sdn Bhd.






Sekitar 4 tahun lalu Polis Evo menjadi tangga teratas bagi kutipan filem tertinggi 2015 dengan berjaya mengutip RM18 juta. Filem yang banyak diperkatakan oleh segenap lapisan penonton telah menerbitkan keterujuaan penerbit dalam menghasilkan kesinambungan kisah dua anggota polis ini. 

Untuk PE2, gandingan duo "polis popular" yang tidak asing lagi Shahiezy Sam dan Zizan Razak akan bersama wanita popular dari Indonesia Raline Shah sebagai teraju utama dalam menyelesaikan kes jenayah berprofile tinggi.



Lebih gempak, lebih impak dan lebih aksi itu yang dapat dirumuskan mengenai PE2. Berdasarkan kes jenayah besar yang dilaksanakan oleh Inspektor Sani dan Inspektor Khai, mengetuai misi keselamatan negara apabila sebuah pulau telah ditawan oleh ekstremis ajaran sesat. Cabaran besar ini harus dilaksanakan dengan teliti apabila melibatkan lebih 200 tebusan penduduk dikepulauan itu. Disini dapat dilihat bagaimana anggota penguatkuasa menjalankan tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan negara.



Filem PE2 telah menjalani penggambaran selama 85 hari di Kampung Serandu, Pekan, Pahang: Gua Gelanggi, Pahang: Gebeng, Pahang:Pulau Mantanani, Sabah; Klang, Selangor; Polis Marin Pelabuhan Klang, Selangor; Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Pastinya naskah yang diberikan buat tatapan penonton kali ini lebih hebat, jika dilihat dari senarai para pelakon, ia menghimpunkan  dari 3 buah negara yang cukup menimbulkan keterujaan. 




Malaysia terdiri daripada Shafiq Naswip, Erra Fazira, Riz Azmin, Soffi Jikan, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli dan pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia dibintangi oleh Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Sudah pasti PE2 kali ini bakal menggembara bukan sahaja di Malaysia malah bakal terbang ke Singapura, Brunei dan Indonesia untuk ditayangkan buat penonton di sana. 





















Bagi Penerbit Eksekutif, Dato Khairul Anwar Salleh merangkap Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, mengharapkan PE2 akan meletuskan fenomena buat peminat-peminat filem aksi di Malaysia seterusnya menjadi antara kutipan filem tertingsi di Malaysia. "Kami di Astro Shaw telah melakar satu demi satu kejayaan dalam kutipan filem bermula DUKUN sehingga Paskal The Movie, diharap filem ini menjadi penutup yang terbaik buat kami dan terus menjadi pemangkin untuk menghasilkan filem bermutu bukan sahaja memenuhi citarasa penonton di Malaysia malah di seluruh nusantara yang boleh memahami bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar. 




Ulasnya lagi dengan keberhasilan filem yang bermutu, ia akan merancakkan lagi persaingan yang sihat dikalangan penerbit dan penambahkan filem cereka dipasaran dan membuka pasaran yang lebih luas di negara-negara lain untuk ditayangkan. 

Untuk PE2 kali ni, ia telah mendapat sokongan penuh penaja mereka terdiri daripada Rakan Jenama Rasmi BHP, Dashing, New Balance, dan Isuzu. Syarikat Penerbangan Rasmi, dan Air Asia 

Sesi jelajah PE2 akan bermula sejurus filem ini menemui penonton di pawagam.Sesi bertemu peminat ini akan dimulakan pada 23, 24 & 25 November di Kedah, Penang dan Perak Manakala di sebelah selatan.