Jom Tunaikan Zakat di PPZ MAIWP
Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir bagi tahun 2018. Ada berbaki 3 sahaja lagi menuju 31 DISEMBER 2018❗
Sebagai umat islam di anjurkan membuat kebaikan dan menunaikan kewajipan dengan sempurna. Jom kita tunaikan zakat di Pusat Pungutan Zakat MAIWP sebelum tahun 2018 kali ini.
Jom Tunaikan Zakat di PPZ MAIWP dan Dapat Rebat Cukai Pendapatan. Terima kasih kepada Norman Hakim yang sentiasa membantu kami dalam usaha menyebarkan dakwah zakat. Norman Hakim beramah mesra bersama para pembayar zakat di kaunter cawangan Wangsa Maju.
Jom kita sama-sama tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat. Kita contohi Norman Hakim yang sudah menunaikan zakat di Pusat Pungutan Zakat MAIWP.
Berikut adalah informasi penting yang anda perlu tahu tentang kelebihan menunaikan zakat di Pusat Pungutan Zakat MAIWP.
📌 Tunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019.
📌 Kaunter PPZ dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember ini dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.
Berita baik untuk semua, waktu operasi PPZ MAIWP juga telah dilanjutkan!!
📌 Mulai 26 - 31 Disember,waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam.
Kaunter Pusat Pungutan Zakat*
1)Shamelin
2)Plaza Rah,Kg. Baru
3)Masjid Negara
4)Wangsa Maju,Seksyen 5
5)Putrajaya Presint 9
6)Putrajaya Presint Diplomatik
7)Masjid At-Taqwa,Tmn. Tun Dr. Ismail
8)Masjid Abdul Rahman B. Auf,Jln. Puchong
9)Masjid Imam Al-Ghazali,Kepong
10)UTC – Pudu Sentral
11)Labuan Times Square,Labuan
Yang mana satukah berhampiran dengan anda?
Jemputlah singgah untuk mendapatkan segala khidmat berkenaan zakat.
Selain itu, jika anda menghadapi kesulitan untuk membayar zakat di kaunter zakat, anda juga boleh berzakat melalui portal PPZ MAIWP :🌐www.zakat.com.my
Untuk info lanjut hubungi : ☎ 01300885757