Kapal Pelayaran Genting Dream Yang Mendapat Pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dream Cruises dan Tourism Selangor memperkenalkan hidangan Halal di atas kapal pelayaran Genting Dream yang kini merupakan satu-satunya kapal pelayaran di Asia yang mendapat pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Restoran The Lido yang merupakan salah satu restoran popular di atas kapal pelayaran Genting Dream kini menawarkan seksyen khas dengan pilihan hidangan bufet yang halal, di mana para penumpang dapat menjamu sarapan pagi, tengahari dan malam sambil menikmati pemandangan laut yang mempesonakan.
Penumpang-penumpang Muslim kini boleh bercuti dan belayar dengan Genting Dream dari Singapura ke destinasi-destinasi ASEAN yang menarik dengan selesa dan yakin akan keperluan makanan halal dengan tersedianya seksyen khas di restoran Lido yang menawarkan pelbagai jenis masakan Halal yang istimewa dari serantau dan juga antarabangsa.
“Sebagai sebuah jenama yang berasal dari Asia, kami berasa amat bangga untuk memperkenalkan seksyen khas pertama bagi jenama Dream Cruises yang menyediakan hidangan Halal di atas kapal persiaran Genting Dream yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Para chef Dream Cruises yang telah menerima pelbagai anugerah serantau dan antarabangsa telah menyediakan pelbagai hidangan bufet Halal yang menyelerakan di seksyen khas di restoran Lido. Selain itu, tawaran hidangan Halal yang tersedia ada di atas kapal pelayaran Genting Dream akan dapat memenuhi keperluan penting rakan-rakan bisnes dan korporat kami,” kata Encik Thatcher Brown, Presiden Dream Cruises.
Chef Saifol Iskandar, Chef Eksekutif Genting Dream dengan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk seksyen khas yang menawarkan hidangan Halal di restoran Lido di atas kapal pelayaran Genting Dream yang berpengkalan di Singapura.
Sebagai satu-satunya kapal pelayaran pada masa ini yang menawarkan pilihan masakan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rantau Asia, pihak penganjur Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) kini boleh merancang dan melaksanakan acara-acara di atas kapal pelayaran Genting Dream dengan tawaran katering yang Halal di bilik mesyuarat khas, di samping aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang direka khusus untuk para penyerta serta dilengkapi kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang canggih.
Seksyen bufet khas di restoran Lido mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil halal tersebut disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sempena dengan pelancaran ini, chef-chef Dream Cruises telah menyediakan masakan-masakan Halal kegemaran ramai dari Asia dan antarabangsa untuk hidangan bufet.
Antara masakan-masakan bufet Halal tempatan yang popular dan enak yang tersedia ada termasuk Ayam Madu, Pari Asam Pedas, Opor Ayam, Tandoori Kambing, Gulai Daging Kawah, Tempe Goreng Pedas dan banyak lagi. Para penumpang Muslim turut boleh menikmati variasi hidangan antarabangsa seperti mi pasta, daging lembu dan kambing panggang, kek dan hidangan pencuci mulut yang lain.
Dengan kapal pelayaran Genting Dream berpengkalan di Singapura, para penumpang Muslim kini boleh menikmati pilihan masakan Halal sambil mengikuti percutian 2-Malam, 3-Malam atau 5-Malam ke destinasi-destinasi menarik seperti Pulau Pinang, Phuket, Langkawi, Kuala Lumpur (Pelabuhan Klang), Surabaya, Bali Utara dan Pulau Macleod.
Kapal pelayaran Genting Dream turut menawarkan pelbagai kategori bilik yang selesa, serta bilik bersambung yang sesuai untuk isi keluarga yang ramai dan juga penginapan mewah dan eksklusif – “The Palace” yang berkonsepkan “kapal-dalam-kapal” dengan perkhidmatan butler Europa, kemudahan-kemudahan peribadi seperti kolam air, spa, gim dan restoran-restoran khas.
Para penumpang juga boleh menikmati kemudahan rekreasi yang menyeronokkan seperti enam landasan luncur air, termasuk tiga landasan luncur air untuk kanak-kanak, kelab pemimpi kecil – tempat permainan kanak-kanak kecil dan juga pusat jagaan kanak-kanak, aktiviti-aktiviti memanjat tebing batu dan Zip Line bermain bowling untuk sekeluarga, membeli-belah di kedai-kedai mewah bebas cukai, membuat rawatan spa dan banyak lagi.
Selain itu, salah satu acara yang unik termasuk “Dream Night” dengan pameran bunga api yang mempesonakan bagi pelayaran tertentu, yang merupakan cara terbaik untuk mengakhiri percutian pelayaran bersama Dream Cruises.
@DreamCruisesMalaysia
@DreamcruisesLine