Terkini | New

Melano CC Pure Vitamin C Brightening Essence jenama pencerahan kulit wajah No.1 di Jepun.

Kulit lebih cerah berseri dengan Melano CC Pure Vitamin C Brightening Essence jenama pencerahan kulit wajah No.1 di Jepun.

Rumusan dan reka bentuk pembungkusan unik Melano CC membolehkan Vitamin C Asli kekal stabil supaya memberi hasil maxima untuk mengurangkan parut jerawat, bintik hitam dan mengecil liang roma, menjadikan kulit wajah cerah lagi berseri.




Mentholatum, nama yang sinonim kepada produk kesihatan, dengan suka cita mengumumkan bahawa rangkaian produk Melano CC, satu jenama pencerahan kulit popular di Jepun, akan mula dijual di semua cawangan Watsons di seluruh negara. Melano CC merupakan salah satu jenama di bawah Rohto Mentholatum yang juga mengedar produk Hada Labo. 

 Antara produk Melano CC yang dilancarkan hari ini ialah produk utama – Melano CC Brightening Essence, esen No.1 untuk pencerahan kulit di Jepun. Melano CC akan menawarkan pengguna satu rangkaian produk yang berkualiti dan efektif untuk memperbaiki masalah kulit, terutamanya pigmentasi dan bintik hitam.

Vitamin C adalah antara bahan yang paling popular dalam produk pemutihan kulit. Banyak jenama pencerahan dan peremajaan kulit di pasaran mengandungi Vitamin C tetapi bukan semuanya memberikan hasil yang memuaskan. Sebab utama ialah mereka tidak dirumus dengan baik. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan Vitamin C yang berkualiti tinggi supaya mendapat hasil yang diinginkan.

Vitamin C yang tinggi keberkesannya mempunyai satu kelemahan. Vitamin C yang Asli adalah tidak stabil. Ia mudah mengoksida dan merosot. Vitamin C yang sudah merosot boleh merengsakan kulit dan kulit menjadi merah. Selain itu, warna keperangan atau kekuningan disebabkan pengoksidaan dan kemerosotan Vitamin C akan meninggalkan kesan kotor pada pakaian, kain cadar dan tuala anda. Sekiranya kandungan menjadi kuning, ia juga bermakna keberkesanan serum telah berkurang. Nasihat bagi yang mencari serum Vitamin C, dapatkan serum yang tidak berwarna kerana pewarna boleh menyembunyi sebarang tanda pengoksidaan produk, akibatnya anda mendapat serum yang kurang efektif. Reka bentuk pembungkusan yang unik mengelakkan pengoksidaan.




Di antara kebaikan Vitamin C yang pelbagai bentuk, asid L-Ascorbik di dalam esen Melano CC memberikan kebaikan yang paling mujarab. Melano CC mempunyai rekaan pembungkusan yang berlainan berbanding dengan botol bentuk penitis yang biasanya digunakan oleh kebanyakan serum lain. Tiub aluminum yang mempunyai muncung khas memastikan kandungannya ketat udara dan mengelakkan pengoksidaan, agar serum kekal segar dan tidak berwarna seperti ianya kali pertama anda menggunakannya.

Rumusan unik untuk keberkesanan maksima

Selain berjaya menstabilkan dan menginkorposikan formulasi Vitamin C dalan Melano CC Brightening Essence, Vitamin C unik Rohto yang memiliki penembusan tinggi membolehkan bahan aktif pencerahan meresap jauh ke dalam kulit justeru menghalang pembentukan melanin untuk memberi hasil yang lebih baik. Untuk meningkatkan keberkesanan produk, Melano CC menggabungkan Vitamin C Asli dengan Vitamin E yang mempunyai antioksidan tinggi dan Ekstrak Benih Alpinia, serta bahan anti-radang Dipotassium Glycyrrhizinate untuk memberikan hasil pemutihan yang lebih baik. Kebaikan mengguna esen Vitamin C

Esen Vitamin C yang bagus membaiki kulit wajah yang kusam, mencerah dan menjadi warna kulit muka lebih sekata agar nampak sihat dan berseri. Ia juga melawan pembentukan bintik hitam, mengurangkan kesan parut jerawat, dan mengecilkan liang roma, melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas. Tambahan pula, esen Vitamin C meredakan kemerahan, menenangkan kulit yang merengsa dan mengembalikan keanjalan kulit wajah.



Solusi untuk wajah cerah tanpa bintik dengan harga mampu milik.



Melano CC Brightening Essence merupakan produk yang paling disyorkan di laman web kecantikan Jepun. Esen ini tidak berwarna dengan tekstur ringan dan wangian citrus yang segar. Ia juga tidak terasa berminyak atau melekit, amat sesuai untuk cuaca di Malaysia yang panas dan lembap. Hanya picit 2 atau 3 esen ke tangan, dan sapu rata pada kulit wajah. Anda juga boleh sapukan lebih untuk tempat bermasalah yang anda ingin fokus. Biasanya, serum Vitamin C yang baik adalah amat mahal dan perlu dijaga rapi. Walau bagaimanapun, formulasi dan pembungkusan Melano CC bukan saja boleh menjamin keberkesanannya, tetapi harganya juga mampu dimiliki.

Melano CC Brightening Lotion dan Melano CC Brightening Mask, turut akan dijual di Watsons selain daripada Melano CC Brightening Essence. Gunakan Melano CC Brightening Essence terlebih dahulu, diikuti oleh Melano CC Brightening Mask dan akhirnya dengan Melano CC Brightening Lotion untuk mendapat hasil pencerahan yang mantap.



Produk Melano CC boleh didapati di mana-mana cawangan Watsons seluruh negara bermula hari ini, dengan semakan harga runcit seperti berikut:
Melano CC Brightening Essence 59.00
Melano CC Brightening Lotion 59.00
Melano CC Brightening Mask 9.90

Untuk maklumat lanjut, layari 
www.watsons.com.my.

Mengenai The Mentholatum Company.

The Mentholatum Company, Inc yang ditubuhkan pada tahun 1889 ialan syarikat pengeluar dan pemasar ubat bukan preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabatnya terletak di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, China, India dan Jepun. Pengeluaran dijalankan di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih dari 150 buah negara. 


Syarikat tersebut yang dikendalikan secara persendirian selama 99 tahun telah diambilalih oleh Rohto Pharmaceutical Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto adalah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal di Jepun dengan penjualan pelbagai produk dalam kategori topikal, penjagaan mata dan ubat melegakan perut. Sejak 1889, The Mentholatum Company telah berkembang dan bergerak maju, daripada sebuah syarikat kecil yang menghasilkan sabun dan barang kelengkapan peribadi kepada sebuah syarikat antarabangsa, dengan memasarkan ubat-ubatan proprietari di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dan di banyak negara di serata dunia, produk-produk The Mentholatum mempunyai reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan pengguna. Jenama-jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto C Cube, Deep Heating Rub.