Terkini | New

Doraemon Pop Up Store Di Paradigm Mall PJ bermula 11 Januari hingga 17 Februari

Meraikan Tahun Baru Cina bersama Doraemon
Antara projek anime terhebat oleh Animation International (M) Sdn Bhd.
Berita baik kepada semua peminat Doraemon! Robot kucing biru kesayangan anda kini kembali dibawakan oleh Animation International (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Paradigm Mall, Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ). 




Sebuah pop-up store rasmi Doraemon kini dibuka di aras Upper Ground pusat membeli-belah Paradigm Mall PJ bermula 11 Januari hingga 17 Februari khusus untuk anda!



Setelah menerima sambutan yang luar biasa dengan pop-up store Doraemon di Johor Bahru, ia membuatkan kami mengambil keputusan untuk membawa pop-up store itu ke Kuala Lumpur. Tujuan kami supaya semua peminat di dalam dan luar negara berpeluang melihat anime itu. Selain berpeluang bergambar kenang-kenangan untuk Instagram, terdapat juga aktiviti istimewa dan barangan edisi terhad watak terkenal ini. Paling menggembirakan acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pengunjung.



Turut bersama kita pada hari ini adalah Yang Berbahagia Dato Haslina bt. Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, influncers terkenal, selebriti online, para artis dan ramai lagi. 


Karakter Doraemon sebenarnya bermula dalam majalah kanak-kanak pada 1969. Ia mengisahkan tentang robot kucing yang merentas masa dari abad 22 demi membantu seorang kanak-kanak yang selalu dibuli, bernama Nobita. Komik yang diterbitkan oleh Shogakukan ini mengumpul 1,345 cerita dalam siri asalnya. Sebab itulah Doraemon menjadi ikon antarabangsa yang bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa dan telah muncul di majlis penutup Olimpik Musim Panas 2016 bagi mempromosikan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo nanti.

Mengimbau tahun 2013, 100 Doraemon Secret Gadget Expo pernah diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur. Ia mendapat sambutan hangat, rata-rata peminat dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina yang sanggup berkunjung ke negara kita demi anime kesayangan mereka.



Selain mempamerkan 30 patung figura bersaiz manusia, para pengunjung juga dapat melihat pelbagai barangan inspirasi Doraemon yang dijual di pop-up store, serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang hujung minggu di aras Upper Ground pusat membeli-belah. Acara itu untuk dinikmati bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa. 

Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd, Steve Chow sangat teruja menyaksikan reaksi para pengunjung. Dia yakin bahawa acara ini dapat menarik minat pencinta lama dan baharu watak anime popular Doraemon dan itulah tujuan utamanya merangka acara istimewa ini. 


Encik Chow menambah, "Saya berharap agar para pengunjung dapat berseronok dengan pop-up store pertama kami, khususnya para peminat Doraemon. Kami juga berharap mereka gembira sementara dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga."

Pengurus Pusat Paradigm Mall PJ, Tan Boon Leong berkata, "Bagi meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, pusat membeli-belah ini telah merancang pelbagai promosi dan aktiviti menarik untuk para pengunjung. Tahun ini, kami membawakan watak kegemaran ramai iaitu: Doraemon dan kawan-kawan ke Paradigm Mall PJ khas untuk mereka!


Bersempena dengan perayaan ini, Paradigm Mall PJ juga berkongsi kegembiraan dengan 40 orang kanak-kanak, berumur 7 hingga 12 tahun serta penjaga mereka dari Yayasan Chow Kit.

Selain berpeluang bergambar dengan Doraemon dan kawan-kawan, kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit juga menerima alatan tulis edisi terhad Doraemon dan kawan-kawan, dengan angpow (paket merah) sekali daripada pengurusan Paradigm Mall PJ. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan tarian singa pada majlis tersebut.


Tan juga menambah, "Dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina, kami sangat gembira dapat menjadi tuan rumah dan berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yang kurang bernasib baik. Kami berharap mereka akan berseronok dan menikmati program yang telah disediakan.



Selain tema ikonik Doraemon di Paradigm Mall PJ, dekorasi bunga mekar turut menghiasi pusat membeli-belah tersebut sempena perayaan Tahun Baru Cina. Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm Mall JB) dan gateaway@klia2 juga akan turut dihias dan diwarnai bunga-bunga yang melambangkan tuah, kemakmuran dan tenaga positif Tahun Baru Cina.

Bagi menambah keseronokan dan menjadikan Tahun Baru Cina kali ini lebih istimewa, kami menyediakan pelbagai aktiviti dan barangan menarik untuk anda seperti berikut:






Penebusan Eksklusif Barangan Doraemon
11 Januari 17 Februari 2019

Pengunjung pusat membeli-belah dengan pembelian minimum RM288* boleh menebus payung Doraemon.

Manakala ahli program ganjaran WCT Buddy berpeluang menebus Beg Non-Woven Doraemon edisi terhad dengan pembelian minimum RM238*.

*Tertakluk pada terma dan syarat sementara stok masih ada.


Penebusan Eksklusif Paket Angpow
18 Januari 17 Februari 2019

Terhad untuk tempoh ini, sebarang pembelian di pusat membeli-belah minimum RM138* layak menebus Siri Paket Angpow Peony manakala RM188* untuk mendapatkan Siri Paket Angpow Doraemon.

*Tertakluk pada terma dan syarat sementara stok masih ada

Untuk sebarang maklumat tentang acara dan promosi, sila layari https://www.facebook.com/DoraemonMY/, dan www.paradigmmall.com.my.