MAJLIS EDARAN PEK CENDERAHATI KEPADA PENUMPANG KTM BERHAD SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2019
MAJLIS EDARAN PEK CENDERAHATI KEPADA PENUMPANG KTM BERHAD SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2019
Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2019 yang bakal menjelang 5 dan 6 Februari 2019, KTM Berhad sekali lagi meneruskan tradisi tahunan dengan mengedarkan pak cenderahati kepada para penumpang treler KTM Berhad di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Majlis edaran pek cenderahati kepada penumpang KTM Berhad Sempena Tahun Baharu Cina 2019 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia dan Encik Mohd Rani Hisham bin Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad. Pada tahun ini, sebanyak 1,000 pek cenderahati yang mengandungi buah limau mandarin dan kotak air diberikan kepada penumpang KTM Berhad.
500 pek cenderahati disampaikan kepada penumpang KTM Intercity dan ETS manakala 500 pek cenderahati lagi disampaikan kepada KTM Komuter. Program pemberian cenderahati ini merupakan salah satu program tahunan KTM Berhad sebagai tanda terima kasih dan menghargai sokongan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren KTM Berhad khususnya pada musim perayaan.
KTM Berhad juga telah memperkenalkan dua (2) menu khas di dalam perkhidmatan ETS yang pasti menarik perhatian, iaitu Deep Fried Chicken Thigh with Sour Plum Sauce dan Chee Cheong Fung Tofu filled with Fish Mousse. Menu ini telah mula dijual pada 22 Januari 2019 sehingga 22 Februari 2019. Para penumpang boleh menikmati menu khas ini di atas tren ETS dengan kadar harga yang berpatutan.
Sempena musim perayaan ini, sebanyak 129,822 tiket perjalanan ETS ditawarkan, bermula dari 31 Januari hingga 10 Februari 2019, dan sehingga kini sebanyak 116,065 tiket dengan peratusan 89 % tiket telah terjual setakat tarikh 31 Januari 2019.
Bagi memenuhi permintaan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ETS, KTM Berhad menyediakan empat (4) perkhidmatan ETS tambahan untuk sektor KL Sentral- Ipoh KL Sentral dan KL Sentral - Butterworth - KL Sentral. Perkhidmatan ini akan beroperasi pada 1 Februari sehingga 4 Februari 2019 dan 7 Februari sehingga 10 Februari 2019. Tiket untuk tren tambahan telah mula dijual pada 14 Januari 2019 (Isnin) yang lepas. Tiket tambahan ETS yang ditawarkan adalah sebanyak 9,984 tiket dan sehingga kini sebanyak 7,158 tiket dengan peratusan.72 % tiket telah terjual setakat tarikh 31 JanuarI 2019 , jam 8.00 pagi.
Perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 16,000 tiket perjalanan bermula dari 31 Januari hingga 10 Februari 2019 dan sehingga kini, sebanyak 11,303 tiket dengan peratusan 71 % tiket telah terjual. Manakala, bagi perkhidmatan Shuttle Tebrau, tiket yang ditawarkan bagi perjalanan bermula dari 31 Januari hingga 10 Februari 2019 adalah sebanyak 109,120 dan 71,869 tiket dengan peratusan 66 % tiket telah terjual setakat tarikh 31 Januari 2019 , jam 8.00 pagi
Tiket-tiket boleh dibeli secara atas talian melalui laman sesawang rasmi KTM Berhad, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter-kaunter tiket KTM Berhad.
Tiket-tiket boleh dibeli secara atas talian melalui laman sesawang rasmi KTM Berhad, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter-kaunter tiket KTM Berhad.
Para penumpang dinasihatkan agar menjaga barangan peribadi dengan baik dan juga berada di stesen 30 minit lebih awal sebelum waktu pelepasan tren. Di kesempatan ini, pihak pengurusan KTM Berhad ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang bakal meraikannya dan selamat bercuti bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman rasmi
KTM Berhad di