Pelancaran Doraemon Pop Up Store Di Gateway @Klia2 level 2, Bermula 11 March Hingga 28 April 2019.
Doraemon & Rakan-rakannya Membuat Kemunculan Sulung di ’Pusat Membeli-Belah dalam Lapangan Terbang’ terbesar di Sepang @ Klia2
Melalui kejayaan Doraemon Expo dan pop-up store di Paradigm Mall, Johor Bahru tahun lalu, serta kemunculan kedai sementara di Paradigm Mall Petaling Jaya, Animation International (M) Sdn Bhd kali ini membawakan keseronokan yang sama ke pusat membeli-belah gateway@klia2 di Sepang.
Pop-up store ini akan dibuka di lapangan terbang bertaraf dunia tersebut dari 7 Mac hingga 28 April 2019, dibuka untuk menyatukan peminat Doraemon serta memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung.
Peminat Doraemon bakal menyaksikan 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia, serta boleh membeli pelbagai jenis cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad di pop-up store ini. Masuk adalah percuma dan ia dibuka untuk pengunjung umum. Pusat membeli-belah gateway@klia2 dipilih kerana ia adalah kompleks berpengunjung ramai, menyambut kedatangan Iebih daripada 25 juta pengunjung di terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia.
Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada pelancong dari seluruh dunia, tetapi juga peminat Doraemon dan pembeli dari kawasan sekitar seperti Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang. Pusat membeli-belah seluas 350,000 kaki persegi ini adalah setinggi 8 tingkat, mempunyai 5,600 ruang parkir bertingkat dan berkonsepkan pusat membeli-belah di dalam lapangan terbang. lni telah menjadikannya lokasi terbaik buat pengunjung dan juga penumpang. la juga boleh diakses melalui pelbagai jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi, keretapi dan kereta sewa.
Pop-up store mega ini adalah yang pertama diadakan di lapangan terbang dan dijangka mampu mendorong sektor pelancongan Malaysia dengan menarik minat pelancong yang mendarat di KLIA2. Sektor pelancongan Malaysia menyumbang sebanyak RM84.1 bilion terhadap ekonomi tahun lalu, meningkat 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, YBhg Datuk Mohamaddin Ketapi, pelancong banyak berbelanja untuk segmen membeli-belah iaitu sebanyak 33.4 peratus, diikuti penginapan (25.7 peratus) dan makanan dan minuman (13.4 peratus).
Di dalam sebuah laporan tahunan daripada sebuah syarikat penyelidikan pemasaran dari UK. Euromonitor International -Top 100 City Destinations 2018, senarai yang ditunjukkan menampilkan bandar-bandar popular di dunia berdasarkan kunjungan pelancong, dan Malaysia berada di tangga ke-9, dengan 12,843,000 kunjungan pada 2017 dan 13,434,000 kunjungan pada tahun lalu. Trafik udara sedunia turut meningkat setiap tahun dan 2018 menunjukkan kunjungan pelancong yang tinggi di Malaysia. Euromonitor turut menyatakan perjalanan dari serata dunia bakal meningkat sebanyak 5% pada tahun ini, jumlah yang memberansangkan untuk industri pelancongan negara kita.
Kelebihan spesifik Kuala Lumpur adalah keupayaannya untuk menawarkan harga yang rendah dengan pelbagai jenis produk di dalam sebuah pusat membeli-belah, termasuklah mempunyai tiga (3) daripada 10 pusat membeIi-belah terbesar di dunia. Pusat membeli-belah ini adalah besar daripada 10 pusat membeli-belah terkemuka di United Kingdom. Malaysia mempunyai 350 buah pusat membeli-belah, menawarkan lebih daripada 100 juta kaki persegi keluasan untuk disewa, dengan nilai hartanah melebihi RM100 bilion.
Membeli-belah adalah komponen yang mewah di dalam industri pelancongan Malaysia. Buat masa ini ia memegang peratusan terbesar dalam perbelanjaan pelancong selepas sektor penginapan. Tourism Malaysia dan Kerajaan akan terus mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab membeli-belah, menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah yang terkemuka dan menarik.
En. Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan untuk mempromosikan membeli-belah sebagai tarikan pelancongan negara. Beliau begitu berbesar hati dengan hasil acara tersebut, menjadikannya sebagai salah satu (1) tambahan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab membeIi-belah, lantas menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan negara.
”Saya harap pengunjung akan berseronok Bersama rakan dan keluarga ketika acara ini, di mana ia dibuat khas untuk peminat Doraemon. Kami berharap dapat menyampaikan suasana keajaiban yang dipenuhi kegembiraan serta mengeratkan hubungan, lalu menghasilkan detik yang bermakna untuk anda seisi keluarga. Kami berharap kerjasama antara peneraju industri untuk mempromosikan aktiviti membeli-belah bukan sahaja akan menarik pelancong tempatan, malah dari Iuar negara,” tambah En. Chow.
Berucap di acara tersebut, Cik Selena Chua, CEO, Bahagian membeli-belah WCT Malls berkata, “Melalui maklum balas positif yang kami terima daripada Paradigm Mall di Johor Bahru dan Petaling Jaya, kami berbesar hati untuk menyampaikan keseronokan yang sama dengan membawakan Doraemon Bersama rakan-rakannya ke gateway@klia2 untuk pengunjung dari Malaysia dan dari seluruh dunia.
Setiap hari, kami menyambut lebih daripada 100,000 pengunjung ke gateway@klia2 dan kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang unik setiap kali mereka berkunjung ke sini. Oleh itu, pop-up store Doraemon dan rakan-rakannya yang pertama akan dlbuka di pusat membeli-belah terbesar di lapangan terbang ini, dan kami berharap pengunjung bukan sahaja boleh bergambar bersama Doraemon, malah 30 patung figura Doraemon bersaiz manusia dan kongsikannya dalam akaun laman sosial mereka, serta membawa pulang cenderahati edisi terhad untuk keluarga dan rakanrakan mereka."
Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila layari laman Facebook rasmi Doraemon Malaysia di pautan ini: https://www.facebook.com/DoraemonMY
#DoraemonMY
#DoraemonMalaysia
#DoraemonPopupStoreGatewayklia2
#Gatewayklia2
Mengenai Animation lntemational (M) Sdn Bhd
Animation lntemational (M) Sdn Bhd (Al) telah ditubuhkan pada tahun 2007, dan merupakan sebuah syarikat terkenal yang memegang hak dagangan dan promosi untuk Malaysia dan Singapura bagi jenama terkenal seperti Doraemon, Crayon Shin Chan dan banyak lagi. Al Malaysia juga bertanggungjawab menjaga Iesen jenama bagi pelbagai produk pengguna, pengedaran filem, media baharu, promosi, muzik, penerbitan cetak, acara dan pemasaran.
Mengenai WCT Malls Management Sdn Bhd
WCT Malls Management Sdn Bhd merupakan anak syarikat WCT Holdings Berhad, dan telah bersatu pada 2015 bagi menguruskan pusat membeli-belah di bawah Kumpulan WCT iaitu Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateaway@klia2 dan Subang Skypark. WCT Holdings Berhad juga telah disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad.