Terkini | New

RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS CYBERJAYA, RUMAH MAMPU MILIK UNTUK ANDA

Tahniah buat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berjaya membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor terus menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.




PKNS yakin pembinaan RMM yang dijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS ini dapat merealisasikan kehidupan lebih baik kepada rakyat negeri ini. 





Bagi projek terbaru yang di lancarkan di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), hari ini PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.



Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58.328 meter persegi) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, serta dua parkir kereta bagi setiap unit. 

Kelebihan projek ini adalah ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

Pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) itu dijangka siap pembinaannya pada Disember 2020, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada pertengahan tahun 2021.

Antara contoh ruang dalaman yang minimalis dan menarik.






Contoh ruangan bilik.








Bagi unit orang kurang upaya (OKU) pula,
ruangan pintu lebih lebar dan pintu slider untuk tandas bagi memudahkan pengguna.







Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX

SCV mudah akses dan berdekatan dengan :

* Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX
* Putrajaya ( 17 km )
* KLIA ( 29 km )
* D’Pulze ( 7 km )
* Shaftbury Square ( 8 km )
* Centrus Mall ( 7 km )
* Universiti Multimedia - MMU ( 4 km )
* Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS ( 5 km )
* Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ( 10.5 km )
* Universiti Islam Malaysia ( 7 km )
* Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch ( 8 km )
* Sekolah Antarabangsa ELC ( 6 km )
* Sekolah Antarabangsa Korea ( 1 km )
* Kolej FTMS ( 5 km )
* Kolej Antarabangsa Kirkby ( 6 km )
* Kolej Universiti Mahsa ( 11 km )


Antara pembeli terawal Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi bersama YAB Tuan Amirudin bin Shari ( Menteri Besar Selangor ), Y.B Haniza bin Talha ( Chairman of Housing,Developement Management and Urban Living Selangor ) dan Y,Bhg Puan Hajah Norita bt. Mohd Sidek (Acting Chief Executive Officer PKNS ).







Bagi penduduk di Selangor yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki RMM PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Pendaftaran katanya, boleh dibuat sama ada pergi ke pejabat atau secara dalam talian kerana LPHS mengawal sepenuhnya penawaran RMM PKNS.

Bagi yang berminat boleh memohon Rumah Selangorku atas talian boleh layari ke laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs
Untuk keterangan lanjut, sila layarai:

LAMAN WEB : 
FACEBOOK :
INSTAGRAM : 


selain hubungi wakil jualan di talian 
019- 2139991, 018-2051713, 014-3361891, 017-3634821, 013-5224122, 019-6994004 dan Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan 03-89262000