Terkini | New

Khasiat dan Perisa Unik Ginseng Merah Korea Cheongkwanjang Dalam Hidangan Masakan Tempatan

CheongKwangJang Perkasa Rakyat Malaysia Dengan Khasiat dan Perisa Unik Ginseng Merah Korea Dalam Hidangan Tempatan. 

Demonstrasi dan kelas dua-dalam-satu bersama chef selebriti antarabangsa,  Chef Anis Nabilah tonjol manfaat kesihatan Ginseng Merah Korea.


 Korea Ginseng Corporation (KGC)  mengangkat masakan harian serba lazat rakyat Malaysia ke tahap  yang lebih tinggi dengan menggabungkan khasiat tambahan dan manfaat kesihatan melalui ramuan tradisional dan asli Ginseng Merah Korea.



Menyedari kepentingan menjalani gaya hidup lebih sihat dalam resipi makanan seharian, KGC bekerjasama dengan chef selebriti  dan media, Chef Anis Nabilah melalui sesi demonstrasi dan kelas masakan unik khusus untuk para media.




Alam semulajadi kaya dengan ubat-ubatan herba dan tumbuh-tumbuhan dengan manfaat kesihatan  semulajadi yang luar biasa. Antaranya termasuk Ginseng Merah Korea, yang sejak turun termurun dianggap  sebagai herba alam semulajadi yang paling berharga, dan kian meningkat sebagai nutrisi tambahan antarabangsa untuk keberkesanannya yang luar biasa dalam pemulihan kelesuan, penurunan kadar gula  dalam darah dan pengawalan tekanan darah. 

Keberkesanan pemulihannya adalah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Asia termasuk rakyat Malaysia. Dengan legasi dan warisan bertaraf dunia selama 120  tahun, KGC telah giat menginspirasikan serata rakyat Malaysia untuk mempertingkat tahap kesihatan dan  kesejahteraan mereka dengan manfaat daripada Ginseng Merah Korea.

Semasa acara berlangsung, media didedahkan kepada pelbagai manfaat kesihatan dan cara-cara pengambilan  Ginseng Merah Korea yang disyorkan menerusi persembahan interaktif oleh Cik Lee Di Von dari VHealth  Traditional Chinese Medicine. Sejurus selepas itu, Chef Anis mengendalikan kelas dan sesi demonstrasi bagi mempamerkan cara-cara unik untuk menambah Ginseng Merah Korea ke dalam hidangan tempatan. 

Media dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan telah memperlihat kemahiran memasak masing-masing dalam  menyediakan Sticky Date Pudding in Korean Red Ginseng Toffee Sauce dengan bimbingan Chef Anis. Sesi tersebut diteruskan dengan demonstrasi khas oleh Chef Anis, dengan mempertengahkan resepi istimewa beliau Seafood Curry with Korean Red Ginseng yang menarik hati dan memukau para penonton.




Encik Ji-Hwan Kim, Pengurus Jabatan Jualan Global KGC, ketika bercakap di acara kelas memasak itu, "Kami  berbangga untuk meneruskan perjalanan kesejahteraan kami dalam memperkasa rakyat Malaysia untuk  mengamalkan gaya hidup sihat dengan Ginseng Merah Korea. Komited untuk menjadi rakan kongsi yang  dipercayai, kami sentiasa menerokai kaedah yang lebih kreatif untuk memupuk tabiat pemakanan dan gaya hidup yang sihat dengan produk-produk Ginseng Merah Korea CheongKwanJang dan cara terbaik pastinya  dengan menggabungkan ramuan yang sangat terkenal ini ke dalam masakan seharian yang digemari rakyat  Malaysia. 
Dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, acara ini adalah amat bersesuaian  dalam memberi lebih inspirasi kepada rakan-rakan beragama Islam khususnya untuk mempraktikkan  gabungan diet harian yang seimbang, berkhasiat dan penuh rasa untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh berpuasa. "

"Di samping itu, ini adalah platform yang terbaik bagi kami dalam usaha memperluas jangkauan kami ke  segmen pasaran yang lebih luas di Malaysia yang terkenal sebagai negara berbilang bangsa dan budaya. Selain  daripada pencapaian pensijilan Halal kami baru-baru ini, pelancaran produk terbaharu kami dengan kerjasama Saluran Melayu Astro GOSHOP membolehkan kami memperkenalkan pelbagai produk ekstrak Ginseng Merah Korea – Barisan produk Everytime dengan kuantiti ginseng merah yang berlainanan dan Hong Sam Won di pasaran Malaysia. Kami berharap agar produk-produk Ginseng Merah Korea CheongKwanJang yang direka  khusus boleh memenuhi gaya hidup pantas pengguna pada masa kini yang hidup dalam era serba moden dan  terus menyokong pengguna Malaysia,” tambah Encik Kim.

Chef Anis Nabilah mengulas manfaat pengambilan Ginseng Merah Korea, "Ekstrak ginseng merah kaya dengan rasa semulajadi dengan sedikit rasa pahit. Ketika dalam proses ujian dan eksperimen resepi-resepi baru, saya  menyedari bahawa ekstrak ini menyumbang kepada meningkatkan selera hidangan harian. Pada masa yang  sama, ekstrak ini turut menambah nilai khasiat dalam hidangan seharian yang lazim dinikmati keluarga tanpa  menjejaskan citarasa. Secara peribadi, saya mengesyorkan makanan yang berunsurkan atau ditambah dengan  Ginseng Merah Korea bagi rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan.”

Berbangga dengan sejarahnya yang menyumbang kepada kesihatan rakyat di seluruh dunia dan keberkesanan  yang luar biasa, KGC telah melabur lebih daripada 20 bilion Won Korea (sekitar AS $ 1.76 juta) setiap tahun  untuk penyelidikan dan pembangunan. Dengan kebolehpercayaan yang komited dan akauntabiliti sebagai rakan kongsi yang dipercayai, KGC akan terus berusaha untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan  lebih sihat bagi pengguna Malaysia dengan menyediakan produk kelas dunia Ginseng Merah Korea di bawah  jenama CheongKwanJang. Produk KGC CheongKwanJang Ginseng Merah Korea boleh didapati di peruncit- peruncit terkemuka, termasuk Isetan Grocery Store KLCC, kedai-kedai BMS Organic, kedai rantaian Hai-O.


###

Mengenai Korea Ginseng Corporation  Korea Ginseng Corporation pada awalnya diasaskan sebagai Sam-Jeong-Gwa (jabatan pengurusan Ginseng) di  dalam istana diraja Empayar Daehan Korea pada tahun 1899. Nama jenama khasnya, CheongKwanJang, telah  wujud sejak awal tahun 1940-an apabila syarikat ini mula menggunakan label CheongKwanJang 
(yang  bermaksud produk yang diiktiraf asli oleh pihak kerajaan) untuk membezakan produknya yang asli  berbandingkan ginseng merah yang dihasilkan oleh pihak swasta dan produk tiruan tanpa jaminan  keberkesanan yang membanjiri pasaran. Sejak itu, Korea Ginseng Corporation meneruskan legasi nama  jenama Cheong-Kwan-Jang sehingga kini. Untuk maklumat lanjut tentang Korea Ginseng Corporation dan  CheongKwanJang

Untuk maklumat lanjut layari laman web: