Terkini | New

Portal Gaya Hidup SalamToday oleh SalamWeb Membawa Maklumat Menarik

SalamWeb melancarkan SalamToday – portal gaya hidup baru untuk komuniti digital Islam. SalamToday memperkasakan komuniti untuk menikmati gaya hidup yang lebih positif dan sentiasa arif tentang peristiwa menarik bersesuaian dengan gaya hidup mereka.




Sebagai portal gaya hidup yang pertama dilancarkan oleh SalamWeb ianya boleh diakses di mana jua, SalamToday menepati citarasa masyarakat Islam global, menampilkan campuran kandungan redaksi bertenaga, diterajui oleh pasukan penulis-penulis yang berpengalaman. Gerbang maklumat yang menyasarkan masyarakat Islam Malaysia ini menerbitkan kandungan berbahasa Melayu, manakala  bahagian antarabangsanya pula memuatkan rencana di dalam Bahasa Inggeris.










Portal SalamToday merangkumi enam kategori utama:
1- Selera (Savour) – Melayan citarasa foodies membawa kupasan dan cadangan hidangan Halal  terbaik di dalam dan di luar Malaysia.
2- Stail (Style) – Memastikan para Fashionista sentiasa berbekal gaya terkini.
3- Singgah (Sights) – Mengajak para penjelajah meneroka cadangan kembara dan penginapan yang mesra-Islam.
4- Seni (Senses) – Penggiat dan peminat seni dipersembahkan maklumat terkini budaya dan kesenian semasa
5- Suka (Seek) – Sentiasa kemaskini mengenai aktiviti dan hobi sihat di sekeliling kita
6- Sahsiah (Soul) – Membawa motivasi serta bimbingan rohani dalam usaha memperbaiki diri






Edisi digital julung kali SalamToday turut menampilkan pelakon dan penyanyi terkemuka tanah air, Ziana  Zain sebagai inspirasi laman utamanya. Beliau gigih memupuk kerjaya sehingga menjadi penggiat seni  yang dinobatkan, sentiasa tampil dengan gaya yang ikonik dan bersesuaian dalam segala aktiviti. Oleh itu, Ziana Zain terpilih menjadi sumber inspirasi dan contoh menyerlah bagaimana seorang wanita Islam moden mampu tabah mengharungi kehidupan dalam mengejar kejayaan. 

Shah Shamshiri, Pengurus Kanan Produk, SalamWeb, berkata di pelancaran tersebut, “Kami  mempergandakan usaha positif yang dimulakan oleh SalamWeb dan membina ke arah visi pengalaman  dalam talian yang lebih baik untuk para pengguna. Kami menampilkan gabungan maklumat terkini dengan  trend sosial serba produktif berpandukan imbangan tuntutan rohani dengan kepentingan komuniti. 

Pengguna kami diperkasakan dengan maklumat gaya hidup yang boleh diyakini, mereka serba arif dengan  pengetahuan mengenai hal ehwal semasa, berita serta perkembangan terkini. Mereka turut menikmati  platform mesra untuk berkongsi pandangan rohani dengan pengguna lain yang sependapat. 

SalamToday kini menampilkan kandungan Bahasa Melayu sementara bahagian antarabangsanya memuatkan rencana yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris. Kami berharap dapat memperluaskan kandungan kami  menggunakan bahasa tempatan kepada negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia dan sebagainya.”

SalamToday merupakan mercu peristiwa SalamWeb, kerana ia menawarkan para pengguna sebuah  ekosistem digital padat dengan kandungan yang diyakini lagi peka terhadap etika. Ketika menghuraikan  misi dan visi SalamWeb, Puan Hasni Zarina Khan, Pengarah Urusan syarikat tersebut berkata, “Melalui SalamToday, kami bermatlamat memaklumkan, mencetus inspirasi serta memperkasakan komuniti pengguna dengan gaya hidup yang lebih positif dengan membawa perkembangan berita dan hal-ehwal  semasa yang bersesuaian dengan mereka. Sebagai portal gaya hidup pertama oleh SalamWeb, 



SalamToday mampu diakses di mana jua. SalamToday memperkasakan usaha untuk membina Ummah  digital, menyediakan teknologi digital yang mendahulukan nilai komuniti pengguna kami, membantu  mereka menapis unsur-unsur negatif dan menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang paling  penting kepada mereka. Ini membebaskan umat Islam untuk memilih kehidupan digital yang konsisten  dengan nilai dan kepercayaan Islam yang serba positif.”

Majlis pelancaran SalamToday dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air termasuk Ziana Zain, dan pengacara serba sensasi, Alif Satar. Majlis tersebut turut menampilkan persembahan oleh Noryn Aziz, Siti  Sarah serta mempamerkan rekaan fesyen santun terkini oleh pereka fesyen Malaysia Anuar Faizal sebagai  persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.








SalamToday boleh diakses dari mana jua, ia terbuka kepada pengguna pelbagai  komuniti melalui semua platform digital dan turut tersedia di dalam pelayar sesawang SalamWeb. 

Muat turun hari ini dari www.salamweb.com.