Terkini | New

Promosi Buffet Ramadhan 2019 Hotel Tenera, Bangi

Promosi Buffet Ramadhan 2019 Hotel Tenera, Bangi.

[ Promosi Buffet Ramadhan 2019 ] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, bolehlah kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Buffet Ramadhan Hotel Tenera buffet Ramadhan adalah lokasi terbaik yang terletak di bandaraya Bandar Baru Bangi hanya 30 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur.





Hotel Tenera, Bangi masih menjalankan bufet Ramadan pada tahun ini bertemakan Sinar Ramadan Bufet 2019. Berbeza dari tahun sebelumnya 2019 ini mereka menampilkan lebih daripada 40 buah gerai dan 200 jenis hidangan tradisional dan autentik yang bakal menarik perhatian pengunjung.


Hotel Tenera yang telah beroperasi bermula pada akhir tahun 2017 ini telah dianugerahkan Hotel 4 Bintang Terbaik bagi tahun 2018 oleh HAPA Award dan pihak pengurusan mensasarkan lebih ramai pengunjung pada bulan Ramadhan tahun ini berbanding tahun lalu yang telah mencatatkan lebih 10 ribu pengunjung.




Hotel Tenera juga tampil dengan promosi yang lebih menarik iaitu potongan sebanyak 30 % atau RM68 dan harga asal iaitu RM98 , promosi tempahan awal ini berlanjutan sehingga 30 April 2019 Media preview yang diadakan pada 1 April 2019 telah dihadiri oleh 250 orang jemputan yang terdiri daripada 100 pihak media dan selebihnya rakan korporat hotel.
"Kami amat berharap agar pengunjung di sekitar Bangi dan berdekatan dengan Selangor dapat menikmati promosi hotel sempena Ramadan akan datang ini dan dapat menikmati pelbagai juadah yang penuh variasi dan kelainan dari tahun sebelumnya, kata Puan Sakinah, Ketua Pengarah Eksekutif Koperasi Permodalan Felda







Sinar Ramadan Bufet 2019 yang bakal menampilkan 10 menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung sejak tahun lalu iaitu Kambing Golek "Pesto Caracas", Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng "Mae Pranom", Mee Rebus Tulang Rawan/Gear Box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal lbu Saodah, "Live" Dim Sum Aliff Lalulah, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.

Seiring dengan konsep hotel mesra muslim yang dibawa oleh pihak Hotel Tenera, sepanjang bulan Ramadan juga pelbagai aktiviti kerohanian dan kebajikan juga dianjurkan oleh pihak pengurusan hotel bagi menyinarkan lagi suasana bufet Ramadan di Hotel Tenera.





Terletak di kawasan strategik iaitu 5 minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli belah dan kawasan makanan pilihan umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi buffet Ramadhan melalui laman sosial media @tenerahotel dan membuat tempahan terus melalui aplikasi Whatsapp +6019 385 4796.

www.tenerahotel.com.my
Facebook & Instagram: @hoteltenera