Promosi Buffet Ramadhan 2019 Menara Kuala Lumpur
BUFET RAMADAN 2019 @ MENARA KUALA LUMPUR
Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1440 Hijrah Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur yang akan bermula pada Ramadan ketiga iaitu 8 Mei hingga 2 Jun 2019, dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim tetamu Menara Kuala Lumpur serta sanak saudara dan sahabat handai ketika berbuka puasa.
Para tetamu Bufet Ramadan @ Menara Kuala Lumpur dapat menikmati lebih daripada 200 jenis sajian tradisi dan moden yang pastinya lazat dan menyelerakan. Sajian istimewa pada tahun ini adalah Kambing Panggang, Ikan Bakar, Satay serta Rebusan Kekerang dan pencuci mulut Serawa Durian serta Pulut Kukus. Juga, istimewa tahun ini, kami menyediakan 7 jenis sambal belacan yang pastinya dapat menepati citarasa setiap pengunjung ke Bufet Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.
Sajian istimewa (Signature Dish) ini disediakan khas oleh rakan kerjasama kami iaitu Kumpulan Segi Seri. Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu The Sky Band'. Mereka akan membuat persembahan dengan alunan lagu-lagu melayu asli untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.
Bagi Bufet Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa 'Early Bird' bermula 1 April yang lalu sehingga 5 Mei 2019, dengan harga RM96.00 untuk dewasa dan RM58.00 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.
Manakala harga selepas promosi adalah RM120.00 untuk dewasa dan RM73.00 untuk kanak-kanak. lanya percuma untuk kanak- kanak berumur 4 tahun dan ke bawah. Setiap pembelian akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur serta harga istimewa ke Sky Deck iaitu RM20.00 (harga normal RM71.00) untuk dewasa dan RM10.00 (harga normal RM37.00) untuk kanak- kanak.
Menara Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman Mesra Keluarga (Family-Friendly) dengan kemudahan- kemudahan yang ada seperti ruang solat yang selesa dan lain-lain lagi.
Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun inil Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2020 5444 atau layari laman sesawang Menara Kuala Lumpur .
www.menaraklcom.my
https://www.facebook.com/officialmenarakl/