Terkini | New

BAZAR RAMADAN ‘KASHLESS’ SEMPENA #RAYASEMPOI

BAZAR RAMADAN ‘KASHLESS’ SEMPENA #RAYASEMPOI

Sambutan Ramadan tahun ini mendapat satu suntikan inovasi baru apabila Touch ‘n Go eWallet (eWallet) diaktifkan di setiap sudut Bazar Ramadan Kampong Bharu. Bazar ‘Kashless’ ini menerima sentuhan moden yang menggambarkan semangat #RayaSempoi daripada eWallet tersebut. Para pengguna eWallet kini boleh membuat pembayaran pelbagai juadah iftar di kira-kira 400 pengusaha di bazar dengan mengimbas kod QR peniaga. Sebaik juadah dibeli, pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa bersama-sama orang ramai di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan.









“Kami ingin berhubung dengan komuniti melalui teknologi yang lebih inklusif, secara tidak langsung membawa manfaat kepada para pengguna dan juga peniaga. Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai sistem eWallet sekaligus menjadikan ia satu kelaziman dalam kehidupan seharian,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd.


Pengunjung pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti menarik di bazar tersebut termasuklah jumlah pulangan wang bernilai RM1,000,000 menerusi Ketupat Runtuh, ataupun pembelian barangan eksklusif menerusi Hadiah Extra Sempoi dan banyak lagi. Berpaksikan amalan bersedekah di bulan Ramadan, para pengunjung yang berada di Masjid Jamek Kampong Bharu juga boleh membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas kod-kod QR yang terdapat di sekitar kawasan masjid.

Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini terletak di tengah-tengah Kampong Bharu, sebuah kawasan yang amat terkenal dengan sejarahnya serta dipenuhi pelbagai makanan tempatan. Sebagai sebuah perkampungan Melayu terakhir yang terletak di tengah-tengah ibu kota, pengunjung kerap memenuhi bazar ini bagi merasai sendiri suasana Ramadan serta tidak ketinggalan untuk mencuba juadah tempatan yang dijual. Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari sejarah Rumah Warisan dan Kelab Sultan Sulaiman dengan lebih mendalam.

#Zerofoodwastage & #sayno2plastic
Di bulan Ramadan, jumlah pembaziran makanan yang direkodkan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus. Mengambil kira kesederhanaan sebagai tunjang kepada bulan mulia ini, Touch ‘n Go eWallet memulakan satu program yang memastikan sebarang lebihan makanan di bazar akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Lebihan makanan tersebut akan dikumpul dan dibungkus oleh sukarelawan sebelum diagihkan kepada gelandangan serta golongan miskin bandar.







Inisiatif ini diterajui serta disokong oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan kolaborasi Kechara Soup Kitchen. Puteri Negeri Selangor ini yang juga penyokong kuat bagi amalan elakkan pembaziran makanan telah mengunjungi bazar ‘kashless’ dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek.

Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah telah mengambil peluang ini untuk berkongsi minatnya yang mendalam bagi kempen #sayno2plastic. “Setiap tahun kita akan lihat pelbagai jenis makanan dan plastik dibuang dan ini menyumbang kepada jumlah sampah terkumpul yang menjadi sangat banyak. Tahun ini, saya berharap agar rakyat Malaysia dapat menerapkan rasa lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan pembaziran makanan serta menolak penggunaan plastik.








Bagi mengurangkan penggunaan plastik dan mengelakkan pembaziran makanan, orang ramai digalakkan untuk membawa sendiri bekas makanan dan minuman, serta beg kitar semula ketika mengunjungi bazar.

Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta senarai aktiviti penuh di bazar, layari

www.tngd.my/rayasempoi atau kunjungi www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini.

#rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet