14 jenama Inovatif Yang Dibawa Oleh Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio.
Terdapat 14 jenama Hong Kong yang inovatif dipamerkan berkualiti dan eco concept yang terkini dab menarik. HKTDC DG Studio membawakan rekaan kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni dengan produk kegunaan seisi rumah dari Hong Kong. Pameran ini juga dapat menghubungkan jenama Hong Kong dengan pasaran perniagaan Malaysia.
Buat kali kedua, Hong Kong Trade Development Council (HKTDC)
DG Studio menganjurkan
inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian
daripada usahanya dalam penjenamaan bandar yang sedang giat dipromosikan.
Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan
online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama
gaya hidup Hong Kong yang lagi bergaya.
Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong', promosi HKTDC DG Studio di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) dari 19-30 Jun di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif akan dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) dari 22-23 Jun.
14 jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda,
Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris
Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan
TINY.
Menurut Puan Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC, "14 jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah kami yang bukan sahaja menawarkan fungsi, malah juga inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama.
"HKTDC juga gembira dapat kembali ke Malaysia untuk kali kedua tahun ini berikutan kejayaan acara kami pada awal tahun ini, di mana kami mengalami peningkatan jualan yang ketara berbanding perolehan purata bulanan kami. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama kami dan kami cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara, "katanya.
Artiart merupakan
jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini
menghasilkan perkakasan untuk rumah,
perkakasan untuk minuman dan item-item
berkaitan-bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik,
menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan
cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang
100% bebas bocor dan
menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.
Konstar pula mengutamakan peralatan isi rumah yang
kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang
banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila
Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014,
manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014.
Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar,
permainan puzzle mesra-alam
rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan
sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris
Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel mempesonakan serta mampu memberikan
hiburan berpanjangan.
Bagi peminat alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan.
Menyokong inisiatif
pertanian dalam bandar, Paris Garden menampilkan dengan kit berkebun
di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam
pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa
sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada
kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut
cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba
sendiri.
Bagi mereka yang menyukai
perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama
paling tepat untuk anda.
Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai
sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh
merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh
dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di
kalangan penggemar teh.
Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai
rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang
pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet
telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih
dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang
cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini
Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada
personality-personaliti Instagram.
Penggemar teknologi juga
akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama.
Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca
kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak
bertanggungjawab.
Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro
yang
membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata
unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.
TINY mengkhusus dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini.
SOAP Studio pula berkolaborasi dengan
artis terkenal b.wing bagi melahirkan
karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder
Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang
pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.
Bagi mereka yang
tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan
pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya
menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.
FLUFFY House bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang
tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari
karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria.
Hoh juga berkongsi bahawa 2 pemilik jenama, Encik Adran Chong dari SOAP Studio dan Encik Steve Ng dari TINY akan berada di tapak TAGCC untuk bertemu peniaga dan pembeli serta berkongsi pandangan mengenai perjalanan mereka dalam industri ini, dari tercetusnya sebuah idea hinggalah merealisasikan produk dan komersial.
Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.
• Parkson Elite di Pavilion KL
• Parkson di 1 Utama Shopping Centre
• CM3 di Sunway Pyramid
• Times Bookstore di Pavilion KL
• Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
• Parkson
Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang
#DGStudioHK #DGStudio