Terkini | New

Nikmati Oreo Chocolate Coated yang Rangup Berkrim bersalut Coklat Cadbury Dairy Milk

Nikmati Oreo Chocolate Coated yang Rangup Berkrim dan Memperkenalkan cara baru untuk menikmati biskut yang terkenal dengan gaya ikonik “Putar, Rasa, Celup” .

Oreo, jenama biskut terkemuka di dunia keluaran syarikat konfeksi terbesar Mondelēz International, memperkenalkan varian produknya yang terbaru iaitu Oreo Chocolate Coated ke dalam pasaran Malaysia.



Oreo Chocolate Coated ini merupakan hasil kerjasama antara dua jenama milik
Mondelēz Internasional yang disukai ramai iaitu Oreo dan Cadbury Dairy Milk. Biskut rangup
Oreo disaluti dengan coklat Cadbury Dairy Milk yang halus lagi berkrim menghasilkan tekstur
rangup dan berkrim, mencipta satu pengalaman yang lebih nikmat dan mengasyikkan.
Oreo Chocolate Coated turut membawakan pembaharuan terhadap ritual ikonik
“Putar, Rasa, Celup” (Twist, Lick, Dunk) bagi menikmati biskut berkenaan.



Memandangkan biskut Oreo ini disaluti dengan coklat Cadbury Dairy Milk, satu ritual baru “Rasa, Ngap” (Lick It, Crunch It) telah diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated. Kini, biskut ikonik tersebut bukan sahaja memberikan para peminatnya satu cara baru untuk menikmati biskut
kegemaran mereka itu, tetapi ia turut mencabar mereka agar sentiasa bersedia untuk mencubas yang baru.



Pengurus Pemasaran Kanan, Biskut dan Makanan Ringan (Malaysia, Singapura,
Thailand), Simon Crowther dalam ucapannya pada majlis pelancaran Oreo Chocolate Coated
berkata, “Kami mahu mencipta satu produk yang mampu memecahkan acuan konvensional variasi produk kami yang lain sementara memastikan bahawa ia tetap menjadi pilihan pengguna apabila mereka mengidamkan makanan ringan. Sebagai sebuah jenama yang bangga dengan sifat keceriaannya, kami yakin bahawa pengenalan Oreo Chocolate Coated berupaya mendorong para peminatnya untuk kekal ceria dalam mencari cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk menikmati Oreo Chocalate Coated”.

Varian produk terbaru ini telah mendapat sambutan hangat di negara-negara di mana
ia mula dilancarkan seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan India.

Oreo Chocolate Coated yang dihasilkan di Mesir mula memasuki pasaran Asia
Tenggara, dengan Malaysia merupakan negara pertama yang menganjurkan majlis
pelancaran untuk media.


Oreo Chocolate Coated yang serba baru ini boleh didapati di bahagian produk coklat
dan kaunter pembayaran di kedai-kedai runcit di seluruh negara pada harga RM2.70.
Mondelēz International menerajui masa depan makanan ringan dengan slogan
“Snacking Made Right” yang menyasarkan untuk menggalakkan para pengguna mengambil
makanan ringan secara betul, dengan makanan ringan yang betul, dibuat dengan betul, pada
masa yang betul.



Mondelēz International percaya dalam sentiasa berfikiran ke hadapan serta
berani untuk berinovasi dengan pantas dan cemerlang bagi memastikan mereka sentiasa
berada di hadapan kehendak pasaran serta pengguna mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Oreo Chocolate Coated yang serba baru,
sila kunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/OREO/
Instagram di https://www.instagram.com/oreo/.