Cara Mencari Lokan, Kepah, Lala Dan Melawat Kolam Ikan Kerapu Hybrid Sungai Gong Batu, Terengganu
Kami berpeluang bersama-sama melakukan aktivit mencari lokan, kepah dan lala di Sugai Gong Batu, Terengganu. Apa yang menarik dan kami berpeluang mempelajari teknik mencari lokan.
Peluang terbaik untuk mereka yang belum merasai pengalaman ini untuk turut sama mencuba. Bagi yang ingin mencari lokan menggunakan pisau kecil bagi mengais tanah sehinggakan ada bunyi ketukan cengkerang lokan. Memang penat dan berbaloi.
Sebelum mencari lokan haruslah mempunyai pakaian yang sesuai dan memakai stokin bagi melancarkan perjalanan supaya kasut tidak terbenam di dalam paya atau lumpur.Peluang terbaik untuk mereka yang belum merasai pengalaman ini untuk turut sama mencuba. Bagi yang ingin mencari lokan menggunakan pisau kecil bagi mengais tanah sehinggakan ada bunyi ketukan cengkerang lokan. Memang penat dan berbaloi.
Itu adalah salah satu mata pencarian penduduk kampung selain menjadi nelayan. Jika anda yang menjual pastikan anda tidak tawar-menawar kerana mencarinya agak susah.
Perjalanan menyelusuri Setiu Wetlands kami sempat membuat lawatan ke kolam ikan kerapu hybrid, siakap dan tiram di Sugai Gong Batu, Terengganu.
Ikan kerapu yang mempunyai permintaan tinggi dan berkualiti memerlukan air yang bersih dan persekitaran yang terbaik memastikan ternakan yang berjaya. kami sempat melihat ikan kerapu yang cukup besar dan sihat yang berada di setiap kolam.
Pelbagai jenis ternakan berjaya di lakukan di Setiu Wetlands yang memastikan kawasan tersebut bersih dan di jaga rapi untuk anak-anak kita di masa hadapan. Anda juga berpeluang merasa sendiri meenaiki boat untuk menyelusuri sungai dan membuat team building di kawasan ini.
#setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #Dboystudio #Malaysiatravelblog #Travel #Travelblogger