Setiu Wetlands Festival 2019, Terengganu
Kali ini ingin kami kongsikan kepada anda satu lagi spot pelancongan menarik di negeri Terengganu iaitu Setiu ( Setiu Wetlands ). Kami berkesempatan untuk mengikuti Setiu Wetlands Festival 2019, Terengganu bersama Tourism Malaysia.
Festival Setiu Wetland ini bertujuan memperkenalkan keindahan dan pengenalan flora- fauna yang terdapat di sini kepada masyarakat di Terengganu dan juga kepada luar negeri Terangganu.
Festival ini menekankan kepada konsep alam sekitar yang masih kekal dan juga adat serta budaya tradisional terpelihara.
Tujuan program ini adalah bagi menerapkan budaya sukan dikalangan masyarakat dan memperkenalkan keunikan Setiu Wetlands kepada masyarakat luar serta dapat menonjolkan kebudayaan masyarakat setempat dan memberikan pengetahuan kepada masyarakat mengenai Setiu Wetlands. Program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat.
Pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat serta dapat memperkenalkan produk mereka ke mata dunia dan juga dapat memberi pengenalan kepada masyarakat luar tentang Tanah Bencah Setiu itu sendiri dan seterusnya menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke Tanah Bencah Setiu sekaligus dapat membantu industri pelancongan di negeri.
Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki sembilan ekosistem, Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali Setiu Wetlands merupakan tanah lembap terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Setiu Wetlands merupakan daya tarikan istimewa kerana mempunyai satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna Setiu Wetlands sesuai dibangunkan sebagai produk 'edu-tourism.
Kami juga berpeluang menaiki boat tour di sepanjang Setiu Wetlands dan menikmati pemandangan flora dan fauna. Anda juga berpeluang untuk menaiki boat tour di sini bagi melihat sendiri keindahan Setiu Wetlands.
Aktiviti lawatan ke kolam ikan kerapu hybrid Sungai Gong Batu, Terengganu. Kolam yang dapat menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat dengan pelbagai jenis ikan lain selain kerapu seperti siakap, talapia dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakan di jual di kolam menancing dan hotel-hotel kerana permintaan ikan hidup dan segar. Jangan lupa membeli ikan kering kerapu hybrid memang sedap dan mantap jika berkunjung ke setiu.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Setiu Wetlands Festival 2019 kali ini di antaranya adalah :
Produk-produk dan pameran perkhidmatan yang disediakan oleh agensi yang menyertai Setiu Wetlands Festival serta jualan rakyat yang disertai oleh komuniti setempat bagi mempromosi produk serta dapat meningkatkan ekonomi mereka.
Penanaman pokok bakau dan gotong-royong turut sama di adakan. Aktiviti ini dapat memberi pengalaman baru kepada peserta tentang kebaikan dan kepentingan pokok bakau pada eko-sistem yang terdapat di Setiu Wetlands. Ramai peserta yang turut sama dari kalangan penuntut kolej dan Universiti sama-sama membantu menyemai benih pokok bakau.
Ucapan tahniah kepada pelajar- pelajar yang telibat dalam program yang menarik ini. Moga program khidmat Masyarakat dan bantu-membantu ini terus di kekalkan dan mendapat sambutan yang baik.
Selain dari fun ride 18 kilometer berbasikal, aktiviti treasure hunt, berkayak, sukan rakyat turut dimainkan seperti dam aji. carrom, pancing botol, lari kaki tiga dan pelbagai lagi.
Kami juga berpeluang menyaksikan penyampaian medal kepada peserta fun ride berbasikal 18 kilometer Setiu Wetlands 2019. Kemeriahan amat terasa bersama penduduk kampung keluar ke jalan raya memberi sokongan.
Pelbagai aktiviti pentas seperti persembahan busking, persembahan dikir barat dan wayang kulit , persembahan "robatic dan science show" persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah turut memeriahkan lagi suasana.
Majlis Perasmian Penutupan Setiu Wetlands Festival yang disempurnakan oleh YB Ariffin Deraman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat. Pemenang cabutan bertuah turut membawa pulang hadiah menarik yang di sumbangkan oleh penaja.
Tahniah buat Setiu Wetlans Festival 2019 kerana telah menjayakan program yang menarik ini dan mempromosikan Setiu, Terengganu sebagai spot pelancongan yang berpotensi tinggi dan hebat. Moga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Untuk maklumat lanjut layari laman web dan laman sosial mereka di :
Facebook : www.facebook.com/TamanNegeriTerengganu
Instagram : https://www.instagram.com/terengganustateparks/
Setiu Wetlands merupakan sumber alam semulajadi yang amat bernilai kepada Negeri Terengganu . Di Malaysia hanya tanah bencah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iatu laut, pantai, lumpur, lagun, sungai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.
Tanah lembap Setiu bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna serta air laut yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
Festival Setiu Wetland ini bertujuan memperkenalkan keindahan dan pengenalan flora- fauna yang terdapat di sini kepada masyarakat di Terengganu dan juga kepada luar negeri Terangganu.
Festival ini menekankan kepada konsep alam sekitar yang masih kekal dan juga adat serta budaya tradisional terpelihara.
Tujuan program ini adalah bagi menerapkan budaya sukan dikalangan masyarakat dan memperkenalkan keunikan Setiu Wetlands kepada masyarakat luar serta dapat menonjolkan kebudayaan masyarakat setempat dan memberikan pengetahuan kepada masyarakat mengenai Setiu Wetlands. Program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat.
Pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat serta dapat memperkenalkan produk mereka ke mata dunia dan juga dapat memberi pengenalan kepada masyarakat luar tentang Tanah Bencah Setiu itu sendiri dan seterusnya menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke Tanah Bencah Setiu sekaligus dapat membantu industri pelancongan di negeri.
Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki sembilan ekosistem, Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali Setiu Wetlands merupakan tanah lembap terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Setiu Wetlands merupakan daya tarikan istimewa kerana mempunyai satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna Setiu Wetlands sesuai dibangunkan sebagai produk 'edu-tourism.
Kami juga berpeluang menaiki boat tour di sepanjang Setiu Wetlands dan menikmati pemandangan flora dan fauna. Anda juga berpeluang untuk menaiki boat tour di sini bagi melihat sendiri keindahan Setiu Wetlands.
Aktiviti lawatan ke kolam ikan kerapu hybrid Sungai Gong Batu, Terengganu. Kolam yang dapat menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat dengan pelbagai jenis ikan lain selain kerapu seperti siakap, talapia dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakan di jual di kolam menancing dan hotel-hotel kerana permintaan ikan hidup dan segar. Jangan lupa membeli ikan kering kerapu hybrid memang sedap dan mantap jika berkunjung ke setiu.
Kami sangat teruja apabila dapat mencuba aktiviti mencari lokan, kepah dan lala di Sungai Gong Batu, Terengganu. Ada diantara kami adalah pengalaman pertama mereka mencari lokan menggunakan tangan.
Apa yang menarik kami diajar teknik mencari lokan, memang payah tapi hasilnya berbaloi. Jadi selepas ini jika ada yang menjual hasil laut jangan la menawar terlalu banyak sebab memang payah mencarinya.
Memang menarik dengan pelbagai aktiviti yang di sediakan di Setiu Wetlands Festival 2019 kali ini. Bukan sahaja semasa festival jika di hari lain anda juga boleh mendapatkan maklumat lain seperti boat tour, aktiviti riadah bersama keluarga, team building dan pelbagai lagi.
Produk-produk dan pameran perkhidmatan yang disediakan oleh agensi yang menyertai Setiu Wetlands Festival serta jualan rakyat yang disertai oleh komuniti setempat bagi mempromosi produk serta dapat meningkatkan ekonomi mereka.
Demonstrasi dan penjualan kraftangan turut sama di pamerkan kepada orang ramai yang mendapat perhatian dari pelancong yang teruja dengan kesabaran dan kemahiran menghasilkan kraf dengan daun mengkuang, daun nipah dan rumput kercut.
Penanaman pokok bakau dan gotong-royong turut sama di adakan. Aktiviti ini dapat memberi pengalaman baru kepada peserta tentang kebaikan dan kepentingan pokok bakau pada eko-sistem yang terdapat di Setiu Wetlands. Ramai peserta yang turut sama dari kalangan penuntut kolej dan Universiti sama-sama membantu menyemai benih pokok bakau.
Pelajar dan peserta dapat mengenal lebih lanjut lagi beberapa pokok bakau yang ada di Setiu Wetlands dan dapat menyemai benih anak-anak pokok. Nampak menarik dan hebat walaupun dalam keadaan hujan, satu pengalaman yang berharga.
Ucapan tahniah kepada pelajar- pelajar yang telibat dalam program yang menarik ini. Moga program khidmat Masyarakat dan bantu-membantu ini terus di kekalkan dan mendapat sambutan yang baik.
Selain dari fun ride 18 kilometer berbasikal, aktiviti treasure hunt, berkayak, sukan rakyat turut dimainkan seperti dam aji. carrom, pancing botol, lari kaki tiga dan pelbagai lagi.
Kami juga berpeluang menyaksikan penyampaian medal kepada peserta fun ride berbasikal 18 kilometer Setiu Wetlands 2019. Kemeriahan amat terasa bersama penduduk kampung keluar ke jalan raya memberi sokongan.
Pelbagai aktiviti pentas seperti persembahan busking, persembahan dikir barat dan wayang kulit , persembahan "robatic dan science show" persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah turut memeriahkan lagi suasana.
Majlis Perasmian Penutupan Setiu Wetlands Festival yang disempurnakan oleh YB Ariffin Deraman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat. Pemenang cabutan bertuah turut membawa pulang hadiah menarik yang di sumbangkan oleh penaja.
Untuk maklumat lanjut layari laman web dan laman sosial mereka di :
Facebook : www.facebook.com/TamanNegeriTerengganu
Lokasi Map
Boardwalk Setiu
Jln Pengkalan Gelap, 22120 Permaisuri, Terengganu