Terkini | New

Taman Rekreasi Kolam Air Panas La Hot Spring, Terengganu

Satu lagi keunikan yang ada di Besut, Terengganu ini anda dapat menikmati kolam air panas di Taman Rekreasi Kolam Air Panas La Hot Spring yang asli dan segar.





Jika anda berada berhampiran harus singgah bagi menikmati suasana yang menarik dan kolam air panas yang asli.



Ramai juga pengunjung yang turut sama beriadah dan membawa keluarga dan kanak-kanak mandi manda di sini. Terdapat juga anak sungai yang agak cetek sesuai untuk kanak-kanak.



Terdapat juga kolam individu yang boleh anda mandi selain kolam asli yang agak panas. Jangan risau tandas dan tempat tukar baju turut tersedia di sini.



Memandangkan kolam air panas ini mengalir dan mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi.






Pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan.

Masuk adalah percuma .
Terdapat juga kemudahan penginapan chalet dan berkhemah di sini dengan sedikit bayaran.
Khemah : RM10 – RM20/malam
Chalet: RM70 – RM90/malam (Tel : 09-606 0525 / 013-927 6998)

#Terrapuri #Terrapuriheritagevillage #vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu #setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #Dboystudio #Travel #Malaysiatravelblog #Travelblogger