Terrapuri Heritage Village
Kami ingin kongsikan pengalaman menginap di Terrapuri Heritage Village yang mengembalikan keunikan, keindahan dan kecantikan warisan tradisional istana lama.
Rumah istana yang sudah beratus tahun di pasang semula dengan terlihatnya bijak pandai , warisan dan kemahiran senibina yang cantik tersergam indah dan mempersonakan. Pasti memikat hati anda jika ke sini.
Terrapuri adalah projek pemulihan rumah klasik istana melayu. Susun atur resort ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 dan sekitarnya. Terdapat 28 umah-rumah klasik Melayu berusia antara 100-250 tahun yang di buka dan dipasang kembali.
Kesemua rumah telah diperbaharui dan dinaik taraf semula sebagai vila kediaman dengan penghawa dingin dan kipas siling. Vila-vila warisan mempunyai hiasan tradisional yang unik untuk anda kunjungi.
Anda pasti kagum dengan seni bina istana lama cukup dengan hanya ukiran di pintu masuk sahaja. Terdapat kolam ikan dan hiasan rumput kercut yang berada di bahagian hadapan. Setiap vila mempunya namanya terdiri iaitu tempat di mana ia berasal.
Vila penginapan kami yang cukup cantik berhadapan dengan kolam renang dan berdekatan dengan tempat makan. Makanan di sini memang agak sedap dan menarik jadi jangan lupa mencubanya nanti.
Jika anda ingin kesini untuk melihat kawasan dan bergambar dikenakan bayaran rm20 sahaja dengan minuman ringan minimum 2 orang.
Di hadapan Vila kami terdapat tempat duduk dan meja yang cukup menarik dan di hiasi dengan barangan tradisional. Memang cukup santai dan unik sambil bersantai bersama keluarga.
Bahagian vila kami memang sangat cantik dengan dua katil siap dengan kelambu gaya-gaya klasik dan penyaman udara. Bahagian dapur di jadikan tandas yang mempunyai hiasan dan kelengkapan mandi yang selesa.
Bahagian lobby Terrapuri Heritage Village memang agak cantik dihiasi dengan ukiran dan barangan lama yang klasik termasuklah beras warna yang menjadi perhatian. Ukiran tingkap dan hiasan juga mempunyai ciri-ciri klasik tetap di biarkan seperti asal.
Terdapat juga 2 vila kiri dan kanan di jadikan galeri dan perpustakaan bagi pengunjung membaca dan mengetauhi lebih lanjut lagi tentang Terrapuri Heritage Village dan sejarah-sejarah lama.
Antara yang unik adalah batu kisar yang telah di jadikan air pancur hiasan di kolam bersebelahan dengan kolam renang memang unik dan kreatif. Pasti anda juga tidak sabar untuk turut bermandi-manda.
Selain dari bermandi- manda bergambar memang menjadi satu kemestian jika anda datang ke sini. Terdapat banyak lokasi tempat bergambar yang boleh anda bergambar malah kawasan ini selalu di jadikan lokasi pengambaran filem.
Pelbagai aktivi lain yang anda boleh lakukan seperti berbasikal, aktiviti tour dan melihat kunang-kunang di malam hari. Selain menikmati makan malam selepas melihat kunang-kunang anda boleh bersantai di galeri sambil membaca dan menikmati suasana malam di sini.
Menikmati suasana pagi dengan kicauan burung pasti menjadikan anda lebih tenang berbanding sebelumnya. Memang tidak mengecewakan jika menginap di sini dengan suasana yang jauh dari kota.
Jika anda meminati barang lama, tradisional dan antik anda boleh melihatnya di bawah setiap vila Terrapuri Heritage Village yang memang klasik dan antik. Anda dapat melihat mesin tenunan lama dari kayu yang telah digantikan dengan mesin pada zaman ini dan pelbagai lagi barangan berharga.
Rumput kercut juga di jadikan hiasan, jika anda ingin tahu ia boleh dijadikan ayaman kraf seperti beg, tikar dan pelbagai lagi.
Jom apa tunggu lagi, teringin menikmati suasana yang tenang dan santai pasti menjadi memori indah buat anda. Untuk maklumat lanjut tentang Terrapuri Heritage Village anda boleh layari laman web dan laman sosial mereka :
Website : www.terrapuri.com/
Laman Facebook : www.facebook.com/Terrapuri/
Laman Instagram : www.instagram.com/terrapuri/
Terrapuri Heritage Village
Penarik, Setiu. Terengganu. Malaysia.
E-mail: sales@terrapuri.com
Rumah istana yang sudah beratus tahun di pasang semula dengan terlihatnya bijak pandai , warisan dan kemahiran senibina yang cantik tersergam indah dan mempersonakan. Pasti memikat hati anda jika ke sini.
Terrapuri adalah projek pemulihan rumah klasik istana melayu. Susun atur resort ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 dan sekitarnya. Terdapat 28 umah-rumah klasik Melayu berusia antara 100-250 tahun yang di buka dan dipasang kembali.
Kesemua rumah telah diperbaharui dan dinaik taraf semula sebagai vila kediaman dengan penghawa dingin dan kipas siling. Vila-vila warisan mempunyai hiasan tradisional yang unik untuk anda kunjungi.
Anda pasti kagum dengan seni bina istana lama cukup dengan hanya ukiran di pintu masuk sahaja. Terdapat kolam ikan dan hiasan rumput kercut yang berada di bahagian hadapan. Setiap vila mempunya namanya terdiri iaitu tempat di mana ia berasal.
Jika anda ingin kesini untuk melihat kawasan dan bergambar dikenakan bayaran rm20 sahaja dengan minuman ringan minimum 2 orang.
Di hadapan Vila kami terdapat tempat duduk dan meja yang cukup menarik dan di hiasi dengan barangan tradisional. Memang cukup santai dan unik sambil bersantai bersama keluarga.
Bahagian lobby Terrapuri Heritage Village memang agak cantik dihiasi dengan ukiran dan barangan lama yang klasik termasuklah beras warna yang menjadi perhatian. Ukiran tingkap dan hiasan juga mempunyai ciri-ciri klasik tetap di biarkan seperti asal.
Terdapat juga 2 vila kiri dan kanan di jadikan galeri dan perpustakaan bagi pengunjung membaca dan mengetauhi lebih lanjut lagi tentang Terrapuri Heritage Village dan sejarah-sejarah lama.
Antara yang unik adalah batu kisar yang telah di jadikan air pancur hiasan di kolam bersebelahan dengan kolam renang memang unik dan kreatif. Pasti anda juga tidak sabar untuk turut bermandi-manda.
Selain dari bermandi- manda bergambar memang menjadi satu kemestian jika anda datang ke sini. Terdapat banyak lokasi tempat bergambar yang boleh anda bergambar malah kawasan ini selalu di jadikan lokasi pengambaran filem.
Pelbagai aktivi lain yang anda boleh lakukan seperti berbasikal, aktiviti tour dan melihat kunang-kunang di malam hari. Selain menikmati makan malam selepas melihat kunang-kunang anda boleh bersantai di galeri sambil membaca dan menikmati suasana malam di sini.
Menikmati suasana pagi dengan kicauan burung pasti menjadikan anda lebih tenang berbanding sebelumnya. Memang tidak mengecewakan jika menginap di sini dengan suasana yang jauh dari kota.
Rumput kercut juga di jadikan hiasan, jika anda ingin tahu ia boleh dijadikan ayaman kraf seperti beg, tikar dan pelbagai lagi.
Website : www.terrapuri.com/
Laman Facebook : www.facebook.com/Terrapuri/
Laman Instagram : www.instagram.com/terrapuri/
Terrapuri Heritage Village
Penarik, Setiu. Terengganu. Malaysia.
E-mail: sales@terrapuri.com
Tel: (+60) 09 6245020 [After 5.30pm Message mobile (+60) 12 9888399]
#Terrapuri #Terrapuriheritagevillage #vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu #setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #Dboystudio #Travel #Malaysiatravelblog #Travelblogger