FESTIVAL PUTRAJAYA LIFT 2019 MEMBERI INSPIRASI PEMERKASAAN KEWANGAN DALAM DUNIA TEKNOLOGI DAN DIGITAL
Kementerian Kewangan Malaysia menganjurkan Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 yang merupakan sebuah festival bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan. Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina masyarakat digital dan dengan objektif untuk memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital yang merupakan di antara teras dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober 2019.
Festival Putrajaya LIFT ini mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan dan merupakan kerjasama Kementerian Kewangan bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia.
Dianjurkan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan Malaysia, ia akan dilancarkan oleh Dato' Seri Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kementerian Kewangan yang menjadi tuan rumah bagi Festival Putrajaya LIFT yang bertempat di tiga (3) lokasi strategik iaitu Menara Perkeso@ Putrajaya, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kermenterian di Putrajaya yang akan berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 28 hingga 29 Disember 2019.
Festival ini dipersembahkan dalam konsep yang menyeronokkan dan interaktif dengan persembahan seni dan teknologi yang turut memberi gambaran kewangan masa hadapan. Di samping itu, festival ini turut memberikan inspirasi, serta maklumat relevan dan praktikal terhadap pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.
Festival ini bukan sekadar meningkatkan celik kewangan tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan orang ramai dengan menyediakan maklumat terkini kewangan dan pembangunan teknologi baharu dalam ekonomi digital. Kami ingin memastikan kebersediaan anak muda kini dan masa hadapan dengan menjamin peluang ekonomi dan pekerjaan untuk masa depan.
FESTIVAL PUTRAJAYA LIFT 2019
Festival ini terbahagi kepada lima (5) komponen utama. Pameran utama merupakan Pavilion Kewangan Digital atau The Pavilion yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia di bangunan Menara Perkeso @ Putrajaya. Ruangan ini turut menyediakan seminar, bengkel, ceramah dan pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat fintech . Pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan akan ditawarkan temasuk kaunseling kewangan, penyelesaian pertikaian, aktiviti untuk kanak-kanak, pembiayaan kewangan untuk PKS dan perumahan, semakkan CCRIS serta informasi mengenai penipuan kewangan yang semakin berleluasa pada masa kini.
Pengunjung juga berpeluang melawati Future Pods, yang merupakan pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan yang dinamakan The Showcase.Festival ini direka sebagai sebuah pusat setempat rakyat yang menghimpunkan pelbagai acara menarik dan hiburan menerusi komponen-komponen The Market dan The Fringe.
The Market ditempatkan di dalam dan di luar bangunan Suasana PjH merupakan tempat membeli belah khas untuk para pengunjung. Bercirikan Pasar Glam, ruangan ini menampilkan jenama kreatif terkemuka Malaysia mejurus kepada gaya hidup, fesyen dan kecantikan di tingkat 1 dan tingkat 2.
Turut serta bersama adalah pengarah Festival Putrajaya Lift 2019 Mr. Joe Sidek selebriti popular Rozita Che wan, Zain Sidin dan jurusolek selebriti Najeed Azami.
Turut berlangsung ialah perkampungan di luar bangunan seperti Pasar Seni, Pasar Botani dan Pasar Tradisi. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang akan melengkapkan keunikan festival ini di Medan Makan.
The Fringe merupakan ruang hiburan yang menampilkan persembahan kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan dan persembahan konsert kugiran dan artis-artis popular tempatan sepanjang malam yang bakal menarik perhatian golongan muda,
Penganjur telah berjaya mengesahkan penglibatan 43 peserta pameran bagi The Pavilion dan 170 para penjual dari pelbagai segmen yang berlainan bagi The Market termasuk 100 pemilik produk terkemuka dan 70 peniaga makanan tempatan dan antarabangsa yang bakal menyediakan pelbagai juadah untuk para pelawat.
Pihak Kementerian sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada penaja dan rakan kolaborasi - Bank Negara Malaysia, Perkeso, Joe Sidek Productions Sdn Bhd, Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dan MRCB atas kerjasama bagi menjayakan Festival Putrajaya LIFT 2019.
Untuk maklumat lanjut, layari www.putrajayalift.com

Turut berlansung sesi menggubah bunga dari pengasas Fleuri Flowers, Puteri Nadirah. Terima kasih sudi berkongsi kemahiran mengubah bunga segar.