Program Voluntourism 'Our Cultural Heritage,Our Identity' bertempat di Muzium Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan.
Program Voluntourism 'Our Cultural Heritage,Our Identity' bertempat di Muzium Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan.
Tahniah kepada semua peserta terlibat dalam program yang berjalan dengan lancar bersama pelajar-pelajar dan peserta yang turut menjayakan program menarik ini.
Aktiviti sekitar tapak program volunteer melibatkan pengusaha-pengusaha dari Kraftangan Malaysia, pengusaha homestay, membuat bakul rotan dan mencanting batik mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta dan tetamu yang berkunjung ke Muzium Lukut.
Peserta program diberikan maklumat mengenai sejarah Kota Lukut oleh Kurator Ketua Muzium Lukut, En.Peterson Augustine. Muzium dua tingkat ini banyak menyimpan sejarah lama asal-usul Kota Lukut yang gah suatu ketika dulu sebagai Kota Pertahanan, ekonomi, pentadbiran, dan perlombongan Bijih Timah di Lukut.
Acara dimeriahkan lagi dengan upacara menanam pokok di Muzium Lukut oleh YBrs. Encik Norazman bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC, Setiausaha Bahagian MOTAC Ybrs Dr. Tan Awang Besar dan Timbalan Pengarah TMWT Ybrs Dr Khairul Hilmi Abdul Manap.
Para peserta menerima hadiah dalam aktiviti berkumpulan bagi acara eksplorasi muzium dan sijil penghargaan di atas sumbangan membantu dalam program Program Voluntourism 'Our Cultural Heritage,Our Identity'.
Program Program Voluntourism 'Our Cultural Heritage,Our Identity' bertempat di Muzium Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan peserta yang cukup hebat.
Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi mewarna mural, gotong-royong, demonstrasi masakan tradisional, senam seni, permainan tradisional, anyaman rotan, busking, caklempong, pengkisahan sejarah dan eksplorasi muzium.
Aktiviti pagi dimulakan dengan senam tari oleh JKKN Negeri Sembilan dan masakan dodol oleh ahli kumpulan KRT Taman Green View Pasir Panjang PD dan lukisan mural dari Politeknik Port Dickson.
Semoga program-program menarik ini dapat diteruskan bagi menambah pengalaman dan jatidiri peserta dalam membantu masyarakat sekeliling. Untuk maklumat lanjut layari laman web dan sosial media rakan Program Voluntourism 'Our Cultural Heritage,Our Identity'.