CERIAKAN AKHIR TAHUN DENGAN PIZA CHEESY POPPERS BAHARU, DIHANTAR TERUS KE RUMAH ANDA. TARIK, CELUP, SYOK, HARI INI!
Ketika kita masih lagi berdepan dengan wabak Covid-19, suasana berkumpul beramai-ramai untuk menikmati juadah bersama keluarga dan orang yang tersayang sudah tidak lagi menjadi kebiasaan, lebih-lebih lagi untuk meraikan sambutan akhir tahun seperti tahun-tahun sebelumnya.
Walaupun penting untuk kita menjaga jarak sosial, namun ikatan dan jalinan dengan orang tersayang juga sama pentingnya.
Sehubungan itu, Pizza Hut berinspirasi untuk membantu rakyat Malaysia kekal erat walaupun di waktu yang penuh dengan ketidakpastian ini dengan berkongsi keseronokan melalui produk terbaharu mereka, piza Cheesy Poppers dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda bersama dengan pengaktifan tarian #pulldippop di platform TikTok.
Sehubungan itu, Pizza Hut berinspirasi untuk membantu rakyat Malaysia kekal erat walaupun di waktu yang penuh dengan ketidakpastian ini dengan berkongsi keseronokan melalui produk terbaharu mereka, piza Cheesy Poppers dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda bersama dengan pengaktifan tarian #pulldippop di platform TikTok.
“Setelah berbulan-bulan akur dengan SOP dan perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk pelanggan-pelanggan kami mengeratkan hubungan dan berseronok bersama keluarga dan orang tersayang,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.
“Walaupun pandemik ini sering menghantui fikiran kita, janganlah kita lupa tentang susana gembira dan saat-saat manis yang masih lagi boleh dikecapi bersama orang-orang tersayang,”Pizza Hut, selaku jenama restoran piza nombor satu di Malaysia, kekal berinovasi dengan menghidupkan semula keseronokan menjamu piza dalam suasana norma baharu ini.
Pelancaran piza Cheesy Poppers yang boleh dipesan melalui aplikasi Pizza Hut akan memudahkan rakyat Malaysia untuk terus menikmati keenakan piza baru ini disamping keluarga tersayang dalam keadaan selamat di rumah.
Untuk menambahkan lagi keseronokan, rakyat Malaysia juga dapat terus bersua secara maya dengan rakan dan keluarga melalui platform TikTok dan menyertai peraduan tarian #PHPullDipPop yang menyeronokkan.
Piza Cheesy Poppers dijual mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara. Didatangkan dengan 18 kerak piza yang berintikan dua jenis keju dan ditaburi topping lazat seperti pepperoni, bebola ayam, dan dilimpahi dengan sos BBQ smokey tomato khas.
Piza Cheesy Poppers dijual mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara. Didatangkan dengan 18 kerak piza yang berintikan dua jenis keju dan ditaburi topping lazat seperti pepperoni, bebola ayam, dan dilimpahi dengan sos BBQ smokey tomato khas.
Piza ini juga dilengkapi dengan sos keju pekat dan berkrim, untuk pengalaman Cheesy Poppers yang lebih hebat. Piza ini sememangnya dicipta untuk mencetuskan mood bergembira dan berseronok sambil menikmati hidangan lazat ini bersama-sama, dimana pelanggan boleh menikmatinya dengan cara menarik poppers ini dan mencelupnya dengan sos keju untuk kelazatan maksimum dan rasa ‘syok’.
Untuk meningkatkan lagi keseronokan menikmati piza Cheesy Poppers ini, Pizza Hut turut melancarkan tarian tiktok dengan hashtag #PHpulldippop yang boleh disertai oleh semua pelanggan Pizza Hut yang gemar berTiktok, sambil menjaga jarak sosial dengan rakan-rakan. Pizza Hut juga memberi cara mudah untuk memesan piza ini melalui semua platform online mereka, termasuk rakan khidmat penghantaran mereka iaitu FoodPanda dan Grab, justeru memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati piza baharu ini dengan lebih mudah, tanpa perlu keluar rumah.
“Kami di Pizza Hut ingin menjadikan segalanya lebih mudah bagi semua rakyat Malaysia untuk menyambut penutup tahun 2020 yang lebih menyeronokkan - kami faham ramai di antara kita yang masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan situasi pandemik ini, jadi kami cuma ingin menceriakan akhir tahun mereka dengan cara baru yang selamat.Melalui aplikasi Pizza Hut, pelanggan kini dapat menikmati piza yang dihantar terus ke rumah mereka dan meraikannya dengan rakan-rakan. Dengan pengalaman makan pizza Cheesy Poppers yang menyeronokkan bersama dengan tarian Tarik, Celup, Syok TikTok yang menarik, ia pasti akan mengukir kenangan indah bagi menutup tirai tahun yang penuh suka duka ini,” tambahnya.
Pizza Hut menawarkan piza Cheesy Poppers baru dengan harga RM38.30 sahaja untuk hidangan ala carte. Bagi hidangan yang lebih besar, anda boleh mendapatkan piza Cheesy Poppers ini dalam pelbagai bentuk kombo pada harga serendah RM44.90. Hidangan lengkap ini juga tersedia melalui khidmat makan di restoran, atau khidmat pesanan (penghantaran dan pengambilan atas talian).
Dengan pengenalan sistem pemesanan baharu Pizza Hut WhatsApp EasyOrder yang kini boleh didapati di semua telefon pintar di seluruh Malaysia, anda boleh memesan secara WhatsApp 016-7552525 untuk mendapatkan piza anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my