DATO SRI LIOW SOON HEE, USAHAWAN DERMAWAN MUDA MALAYSIA, MENYUMBANG KALI KETIGA RM 100,000 LAGI KEPADA KUIL HINDU DI AMPANG
DATO SRI LIOW SOON HEE, USAHAWAN DERMAWAN MUDA MALAYSIA, MENYUMBANG KALI KETIGA RM 100,000 LAGI KEPADA KUIL HINDU DI AMPANG.
Kali ini beliau terus menyumbang untuk kali ketiga sebanyak RM 100,000 lagi untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan Kuil Hindu Sri Maha Muniswarar di Ampang, Selangor dan pembinaan kuil baru.
Tahniah sekali bagi buat Dato Sri Liow Soon Hee yang menyumbang bagi tempat ibadat tanpa mengira agama atau bangsa.
Kali ini beliau terus menyumbang untuk kali ketiga sebanyak RM 100,000 lagi untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan Kuil Hindu Sri Maha Muniswarar di Ampang, Selangor dan pembinaan kuil baru.
Dermawan termuda Malaysia, Dato Sri Liow Soon Hee percaya dapat membantu semua tempat ibadat seboleh yang mungkin dan ini adalah ansuran ketiga berjumlah RM 500,000 yang dijanjikan untuk pembinaan kuil baru bersebelahan dengan kuil lama yang asal.
Ini untuk menampung lebih ramai penganut kerana kuil ini telah wujud selama bertahan-tahun dahulu.
Dato Sri Liow Soon Hee memberikan sumbangan pertama sebanyak RM 100,000 pada Disember 2019 diikuti dengan RM 100,000 lagi pada bulan Julai yang lalu.
Sumbangan hari ini berjumlah RM 100,000 adalah ansuran ketiga berdasarkan progres pembinaannya. Kuil ini dijadualkan akan siap dan boleh digunakan pada tahun 2021.
Kuil Dewa Sri Maha Muniswarar adalah kuil Hindu tertua di Ampang kerana ianya telah dibina pada tahun 1930 oleh kumpulan pertama pekerja Tamil.
Sumbangan itu telah diterima oleh pihak pengurusan bagi pihak kuil Sri Maha Muniswarar sementara Dato Sri Liow Soon Hee menyampaikan cek bagi pihak Yayasan Winner Emperor SeDunia.
Moga sumbangan ini dapat mengeratkan perpaduan di antara semua rakyat di Malaysia dan dapat membantu tanpa mengira bangsa dan agama.