Terkini | New

LEBIH RASA, LEBIH DRAMA DENGAN KFC CRUNCHY TANDOORI BAHARU

 LEBIH RASA, LEBIH DRAMA DENGAN KFC CRUNCHY TANDOORI BAHARU

Dua jenis campuran herba dan rempah ratus terkenal iaitu KFC Hot & Spicy dan masala tanduri yang eksotik bertemu dengan lazatnya di KFC pada musim ini untuk membawakan anda rasa sensasi baharu dengan pelancaran menu baharu - KFC Crunchy Tandoori.



Dipengaruhi sandiwara semarak Bollywood dan kesukaan rakyat Malaysia terhadap juadah India popular ini yang telah diasimilasi kepada budaya makanan kita, KFC Crunchy Tandoori meletus dengan rasa unik dan dramatik.

Nikmati rasa hidangan India asli, kaya, dan menggiurkan dengan KFC Crunchy Tandoori yang diperbuat daripada pelbagai rempah ratus tanduri beraromatik termasuk garam masala, halia, jintan putih, serbuk bawang putih, dan cili merah. 

Dituang dan disalut kepada ayam KFC yang telah diperap dengan rempah ratus Hot & Spicy, anda boleh jangkakan kombinasi rasa istimewa tanduri berasap (smoky) dengan ‘kick’Hot & Spicy pedas, dan rangup dalam setiap gigitan untuk lebih kenikmatan.

“Kita amat bertuah berada di Malaysia yang mempunyai pelbagai juadah yang tidak terhad. KFC Crunchy Tandoori diinspirasikan daripada salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Dalam kita mengakhiri tahun yang penuh peristiwa ini, kami ingin menutupnya dengan olahan rasa dramatik ala Bollywood yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Rungkaikan drama KFC Crunchy Tandoori yang akan dilancarkan esok untuk waktu terhad di seluruh restoran KFC di Malaysia. Dihidangkan secara set kombo yang mengandungi Coleslaw segar, Whipped Potato, dan Pepsi hanya dari RM15.49. 

Ianya turut boleh didapati dengan hidangan berbaloi Box Meal yang merangkumi burger Zinger dan Crispier Fries bersama seketul ayam KFC Crunchy Tandoori. 

KFC Crunchy Tandoori boleh didapati di seluruh negara melalui semua saluran termasuk khidmat bawa pulang Pandu Ambil (Curbside Self Collect) yang tersedia di lebih 250 restoran KFC terpilih seluruh negara, di mana anda boleh mengambil pesanan anda tanpa keluar kereta. 

Ianya tanpa sentuh, pantas, selamat, dan mudah! Anda hanya perlu buat pesanan atas talian di www.kfc.com.my atau melalui aplikasi mobil anda.